Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 6, 2014

Sedikit pasal Ja.

Ramai duk tanya kenapa tak cerita pasal Ja.
Tak de benda nak cerita.
Tahun baru cerita lama, cerita serupa.

Ja okey jer.
Masih lagi 'Ja the sleeping beauty '
Getting better? No.
Makin pulih? Tak jugak.
 Bertahan.
At least dia tak de sakit kat mana2
Kira tenang lah.
Macam biasa, Syafiqah nurse peribadi Ja masih setia menemani Ja.
Mummy dah start ke sekolah hari hari,
Separuh hari Ja duk dgn Syafiqah.
Iffah yg tunggu result SPM ada bersama.
Anis pun ada kat rumah
Bibik ada juga
Petang2 Imaad dan Iyaad datang...
Ramai temankan Ja ni..
U r not alone Ja.
Kalau weekend lagi ramai.
Imaad, Iyaad dan both nannies datang awal sikit
Wan datang dari pagi sbb tak kerja
Petang Mama n abah Wan pun datang juga.
Not to forget nenek Ja, aunties and cousins.
Teman rapat dan sedara lain pun acap singgah
Wahh...Ramai lah pakat2 temankan Ja ni.
Ja, you have to wake up and thank these people.
these are the ones that love you the most.
Mereka ni duk doakan ja tak putus putus.
Harapan nak tgok ja pulih tetap ada walau hampir mustahil dah.
Sewaktu mummy terasa hampir nak putus asa,
mereka ni lah yg jadi penawar.
Ja, mummy tahu dan faham keadaan Ja sekarang.
Mummy is happy as it is,
tak apa lah kalau Ja stay this way, kalau dah itu ketentuan buat Ja.
We all will go thru time like this together.
Tuhan masih mahu menduga kesabaran kami ni.
Kami pasrah...

1 comment:

Anonymous said...

Mummyyyy wan tak tinggal sekali jaga ja? Mummy be strong. Tgk muka mummy ingat kat ja selalu. Rindu nak cakap berborak dengan ja mcm selalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...