Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 3, 2019

Bertemankan 'Rok'...

Tak tau nak cakap.
Terkejut bila dia beritau harga.
Tak caya.
Nasi nya banyak tak habis nak makan sorang.
Ikan keli goreng tu besar dan secukup rasa.
Daging bakar se lori.
Sekali dgn lemak yg cair dlm mulut..yummy!
Kami bertiga pesan menu yg hampir sama.
Kawan saya ni tak makan keli, dia ambik ayam kampung se peha.
Kawan yg sorang lagi pula tak suka daging, ambik ayam bakar 2 ketul.
Telur masin semua ambik separuh sorang.
Roti goreng sosej 2 bijik.
Air nescafe, teh o ais, teh O dan milo ais.
Cer teka brapa?
Saya suruh dia kira sekali lagi.
Macam tak caya pulak.
Memang sah ni lah harga dia.
Rm27 ....
Ulang sekali lagi, 27 hengget u!
Dah la murah sedap pulak tu...
Licin kami makan.
Zaman serba mahal ni saya rasalah,
Kalau makan kedai mamak entah2 sepinggan harga sebyk ni.
Kalau fastfood 1 set cukup lah, kalau 2 set nak kena tambah sekeping kertas merah lagi..
Kalau ngada ngada makan kat restoren mewah, baru harga minuman jer ni..
Kat mana?
Kedai ni kedai yg lebih kepada warung gitu..
Meja kerusi pun berbagai pesen..bangku kayu pun ada
Kiri kanan hanya semak samun seperti tanah terbiar tanpa bangunan.
Memang kalau 'orang have have' tak akan singgah sini.
Saya orang biasa biasa saja
Orang biasa2 macam saya  boleh la singgah..
Orang biasa2 yg merasakan dia orang luar biasa pun tak digalakkan singgah.
Kedai ni penuh, ramai peminat rupanya.
Kalau lunch hour katanya kena cop meja.
Sup dia pelbagai dan sedap.
Sup urat keting dia sohor la awak, thumbs up!
Tu pasal ramai orang sanggup berdiri beratur.
Beratur ngalahkan nak beli tiket bus balik raya.
Perlu ke saya beritau kat mana kedai ni?
Toksah la, segan.
Kot nanti ada yg kata saya ni kedai macam tu pun sanggup gi makan.
Kan?
By the way, kedai ni bersih tau dan pekerjanya reti hormat orang.
Tu pasal la saya tak kisah...
Saya akan kunjungi lagi lain kali.
Nak bawak kawan2 yg selera mcm saya..'sene baso' kata org kelantan.
Nak datang dgn anak cucu.
Nak tau jugak kat mana?
Tanya cik Google lah....


1 comment:

A m m i said...

doesn't matter how small the stall is.. yang penting adalah hospitality and generosity.

ada kedai yang ala-ala hipster, jual air segelas 6.50 tapi bila serve makanan sejenis letak pinggan serupa nak hempuk kepala pelanggan. No smile, small portion.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...