Pelik jugak.
Semalam ke klinik sbb rasa macam penat melampau.
Rasa lesu dan tak leh celik mata, mengantuk sangat.
Walhal baru kul 7 pagi, badan lemah amat.
Tambah pelik bila doktor check darah normal jer.
Paras gula dlm darah pun terkawal.
Tapi bila check suhu badan...
Mak oii, demam rupanya!
Entah2 dah berapa hari dah demam.
Pelik sangat..
Apasal saya boleh tak tau yg saya demam?
Tak rasa panas membahang pun..
Tak rasa macam demam punnn..
Sakit kepala, pening2 tu biasa la, hari2 pun rasa cam tu.
Bila rasa panas, mandi, bila rasa sejuk hujung jari kaki, pakai stokin.
Bila rasa lesu cuba baring depan tv jap.
Bila sakit2 dlm badan telan pain killer.
Bila pulak demam ni?
Mungkin rutin hidup saya yg sibuk hari hari menyebabkan saya
dah tak dapat bezakan sihat dgn sakit.
Saya dah tak reti nak demam.
Otak dah tak leh proses signal badan utk umumkan demam.
Doktor tu suruh saya rehat, total rest for a day or two..
What?
Perkataan 'Rehat' tak ada dalam kamus kehidupan saya
Demam ke, sakit apa ke, tugas dan rutin tak ada cuti.
Doktor tu kawan saya dan itu pasal la dia berani bagi ayat power ni.
" Cikgu hani, awak tu dah tua, dah dah la sibukkan diri tu, duk diam2 tak leh ke?"
Dush! Sebijik kena atas dahi ku.
Puan doktor cayangg, thanks for the advice.
One thing more...
Kiranya kita kena cancel ke plan nak gi panjat Bukit Panau nanti?
Puan doktor jugak yg beria ajak hari tu.....
2 x 5 jer doktor dgn pesakit, sama tua kannnn.....
1 comment:
agak bahaya juga kalau tidak dapat bezakan antara sakit dengan demam..
sebab reseptor deria perlu bagi signal sakit supaya kita lebih berehat dan berhati-hati dalam pemakanan
Post a Comment