Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 31, 2020

Said who?

I'm not that strong.
I'm not that smart.
I'm not that brave.
This is me, nothing can change me.
This is my life so be it.
Like it or not, I have to face the unpredictable tomorrow.
Will I make it?
God knows.

Thursday, January 30, 2020

Jangan kahwin dgn orang Rantau Panjang!

Jangan.
Berkawan dgn orang rantau panjang pun jangan,
Cari menantu orang rantau panjang lagi lah jangan!
Bahaya.
Caya lah cakap saya.
Saya kena pesan pada diri sendiri, kena hati hati nih.
Jangan terantuk baru tengadah.
Jangan sesal kemudian dah.
Ada lah kawan saya sorang ni..
Kahwin dgn orang rantau panjang.
Lebih bahaya bila turut pindah duk di rantau panjang.
Mengajar di rantau panjang.
Dasyat tul lahhhhh......
Saya cukup takut untuk ke rumah dia.
Bila dia ajak, dan tak boleh elak kena pergi jugak.
Setiap kali ke rumah dia, saya pesan pada diri supaya bersabar.
Sabar........jgn ikut hati!
Boleh tak sabar?
Tak leh!
Walau hati hanya nak jumpa dia, nak spend time dgn dia TAPI........
Dah sampai pekan tu mula lah...
Nak beli buah lah sikit..
Nak tengok tudung kat kedai tu la...
Tengok bawa maksud terjerat.
Nak intai blouse, jubah, seluar...
Kadang mata terpandang periuk.
Kadang terliur tengok dulang, mangkuk atau bekas2 kuih.
Dari tak nak membeli belah, penuh bonet kereta jadi nya.
Dari bawak duit secukup rasa, siap beratur depan mesin ATM lagi.
Bahaya sungguh....!
Itu pasal lah saya cakap, jangan cari pasal dgn pekan rantau panjang ni.
Pekan ni akan mencairkan duit awak.
Awak,
Saya bukan nak pergi shopping di rantau panjang pun,
Nak pergi ziarah kawan lama saja.
Tu belum dpt menantu org rantau panjang.
Kalau ada anak menantu kat sana, sedap la reka alasan.
Nak jengok cucu demam la, nak jaga menantu dlm pantang la...
Walhal nak gi shopping.
Jadi ingat pesan saya.
Kalau iman tak kuat, kalau rasa nak menabung, nak simpan duit sampai beranak pinak dlm bank, jangan dekatkan diri dgn pekan ni.
JANGAN ADA KENA MENGENA DGN PEKAN RANTAU PANJANG.
Godaan menggoda.

Pantai 7

Saja jalan jalan.
Lapangkan fikiran
Duduk duduk
Tengok orang

Cantik sungguh tujuh lagoon.
Luas
Makan makan
Air kelapa dan berbagai sea food tersedia

Saya cari lokam dan tiram sebenarnya
Nasib baik ada
Beli berkilo kilo juga
Fresh

Balik rumah bakar cicah sos.
Memang sedap..
Murah pulak tu.
Siapa nak cuba, sila ke pantai 7.
Macam macam seafood ada.

Wednesday, January 29, 2020

Ketawa adalah penawar sakit yg terbaik.

Senak perut gelakkan dia tadi.
Kata dia....
"Aku paling takut ditinggal sorang2.
Aku ni anak2 semua duk jauh,
Buat la abg Pa pergi dulu dari aku, macam mana la nanti..
Awak tak apa Hani, awak tu cekal dan boleh urus segalanya sendiri.
Awak pula Mina suami tak ada pun anak2 duk dekat tak ada masaalah...
Aku ni terconggok sorang2 lah kalu abg Pa kamu tak ada..
Aku rasa lah, kalau abg Pa kamu meninggal,
Aku sah akan kawin lain.
Cari pengganti buat teman .
Boleh kan abg?"
Dia pandang abg Pa yg dari tadi dgr tak dgr apa yg dia cakap.
Kami dah tergelak dah..
Abg Pa juihkan bibir dan respond...
"Dah saya tak ada tu suka hati awak la yang.
Kalau awak tak ada saya pun akan kahwin lain jugak.
Kan?
Kalau awak ada pun kalau saya nak kawin lain boleh jer, kan?"
Abg ipar saya tau akak muncung dah..
Saya tergelak tgok kakak.
Mak saya ketawa.
Kakak2 saya yg lain ketawa.
Semua yg ada ketawa.
Ha kan, dah kena btg hidung sendiri dah.
Mak kata ada ke orang yg nak kan kamu, kamu tu bukan sihat pun...?
Kesian abg Pa, hidup lagi tuh kamu dah ada plan B.

Hello kak....
Yang kamu dah plan awal2 lagi ni apa hal?
Macam la kamu tau yg abg Pa kamu yg akan pergi dulu.
Entah2 kamu yg pergi dulu.
Teringat cerita P.Ramlee...
Dol yg pergi dulu ke...
Minah yg pergi dulu ni....
Itu yg buat saya gelak besar tuh!

Mereka suami isteri ni sentiasa ada saja tajuk yg boleh buat kami geli hati.
Sepasang suami isteri yg 'loving' cara mereka sendiri.
Tak perlu I lab u 24 jam..
Tapi memang tabik la tengok ketelusan mereka berdua ni..
Berkasih sayang cara orang senior.
Bak kata orang, kalau tak kelahi tu tanda salah sorang tu demam.
Kalau sihat walafiat tak de kerja lain,
sambil bonceng motor nak gi masjid pun sempat lagi bertekak.
I just luv both of you to the moon laa...
Just luv the way you look at each other and
tell each other to jaga makan, jgn makan itu, jgn makan ini..
Maklum la dua2 kaya penyakit.
Dua2 hospital bekalkan ubat bercupak.
Dan walau pun dah tua dan uzur tapi dua2 degil.
Maka, begitu lah mereka sehari hari..
Bahagia cara mereka.


Tuesday, January 28, 2020

Hina sangat ke jadi cikgu?


Marin tu di satu majlis yg agak besar jugak lah, saya hadir sebagai tetamu yg dijemput.
Sampai ke sana masa peak hour, orang tengah sesak jamu selera.
Meja penuh maka saya terintai intai lah mana ada kerusi yg kosong .
Di tangan pinggan berisi kueh dan sebelah lagi pegang gelas.
Excuse me, excuse me, mintak lalu, mintak jalan, sorry...
Akhirnya dapat la duduk di meja yg satu tu...
"Assalmualaikum," saya cuba break the ice dgn org sebelah.
"Byk betul tempat kenduri hari ni kan.."
Orang sebelah yg saya cuba berinteraksi tu pandang saya dgn pandangan kosong.
Aik, silap intro ke saya nih..
Saya senyum.
Dia tak senyum pun.
Ok fine, mungkin dia pemalu atau dia tak dgr ayat muqaddimah saya tadi.
" Cantik hiasan dewan ni, siapa lah wedding planner nya ya.."
Dia tak pandang pun usahkan respond apa apa.
Saya macam cakap sorang sorang.
Sombong jugak orang ni, siapa lah dia agaknya.
Kalau dia senyum pun dah cukup, ni mencuka jer.
Mungkin dia kelahi dgn toklaki dlm perjalanan ke sini kot.
Mungkinkah dia dipaksa datang oleh tuan kerja?
Ada ke paksa2 gitu?
Haduhhh...tak pasal2 senak otak pula duk fikir pasal dia.
Biar lah, dah dia tak nak kawan, saya bukan rugi apa pun.
Tiba tiba kerusi sebelah saya yg baru kosong, ada penghuni.
" Haniiii...lamanya tak jumpa Hani, sib baik jumpa kat sini"
Yes! My long lost friend rupanya ni....
Kami salam, peluk2.
And guess what?
Mata kawan lama saya ni meleret ke Cikpuan yg duduk disebelah kiri saya.
"Maaf tanya, bukan Cikgu Maimoon ke ni?
Tak sempat saya warning dia laju jer sapa orang tu.
Orang tu pandang kawan saya macam nak telan orang.
" Saya bukan cikgu lah. Saya Datin Seri N** isteri Dato seri A*****.
Bila masa pulak saya jadi cikgu? Eii, biar tak jadi cikgu pun!"
Haaa..ambik sebijik, padan muka ko Senah, peramah sangat nak tegur2 orang.
Padan la dia tak layan saya tadi...
Dia dah boleh agak yg saya ni low class bukan macam dia.
Ya lah, silap saya dan silap kawan saya yg juga cikgu pencen.
Lain kali nak tegur orang tengok betul2...
Maaf mak datin, kami ni tak biasa dengan orang lebih2 macam mak datin ni.
Tobat, rasa nak bangun pindah ke meja sebelah.
Kawan saya dan saya terkulat kulat tak tau nak marah ke nak gelak.
Kami pilih untuk gelak.
Hiburan di majlis begini bukan hanya persembahan pentas.
Persembahan di meja kami tadi lebih menarik.
Terhibur sungguh.

Monday, January 27, 2020

Gelak tawa sekali sekala

Ni la anak sedara saya yg handsome tuh
Tengok la siapa mak sedara dia pulak.
Kuah kalau tak tumpah ke nasi nak tumpah ke mana lagi?
They say it's in the genes ...
Hahahaha....I'm just joking k.
Pagi2 masuk lift tekan sendiri tak salah kannn?

Ni barisan ratu2 malaya nih..
Ada ratu 70an, 80an dan bakal ratu pun.
Tak kisah la orang nak cakap apa, janji kami anak beranak happy.

Ni kami adik beradik.
Kakak di sebelah saya tu happy sgt tu.
Anak bongsu dan yg terakhir kahwin.
Kami tumpang bahagia kakak.
By the way Dah dear, apasal tudung awak tak sama sayang?

Ni pun satu hal jugak.
Mentang2 la saya solo disuruh nya posing atas pelamin.
Helloooo, kita dah expired tau..
No no no nooooo!
Tak apa la suka2 saja, puaskan hati budak2 ni..
Bila lagi nak usik mak sedara yg limited edition nih.
You all always make me happy.
Betul, sumpah!

Sunday, January 26, 2020

Jap lagi 'jangot' la kakak ku ini...

Kakak saya nak menyambut menantu baru hari ni.
Dari kelmarin sibuk dia buat persiapan.
Anak2 di perantauan juga sudah balik.
Seronok kakak bila semua dah ada di sisi.
Kakak ni macam mak bagi saya.
Dia yg paling senior.
Hitam kata dia, hitam lah..
Putih kata dia, putih lah..
Seronok bila tengok kakak seronok.
Nampak dia penat tapi penat yg mengembirakan.
Saya bantu sikit sikit jer..
Bantu meramaikan lagi team bawang!
Hari ni baju dah siap gosok, mengikut warna tema yg kakak tetapkan.
Baju musty pink ala2 warna belacan gitu..
Tudung?
Apasal kakak beli warna brown?
Aiseyman...pink n brown?
Hentam jer la kakak ku.
Kami akan turuti saja, always setuju.
Kenapa tak siapa bantah?
Sebab takut? Taklah.
Sebab sayang kakak..
Your choice is always the best.
My kakak is the best!
Nanti saya akan share foto2 kami di majlis tu.
You all tengok la betapa 'jangots' nya kami nanti.
Tak sabar nak jangots.
Tau jangot? Istilah org kelantan bagi 'melaram sakan'
Ok, ni nak share foto sewaktu saya buat2 sibuk di photo booth.
( Ni ratu2 malaya tahun 70an belum jangot lagi ni...)


Friday, January 24, 2020

Jangan tinggal daku

Ni kes lain dari yg lain nih.
Tak baik baik jugak.
Tak tau nak buat apa dah.
Dah 10 hari ditahan diwad.
Dah drip 3 botol dah.
Ubat, antibiotics, pain killers dan segala mak nenek vitamin dah disumbat kedalam perut.
Tak ada perubahan pun.
Makan masih bersuap.
Masih lemah diam tak aktif.
Makin kurus.
Bulu makin gugur.
Ya la awak, kucing saya ni yg saya maksudkan.
Kata Dr haiwan tu dia jaundis.
Penyakit kuning, bengkak hati.
Kucing pun?
Apa apa lah, janji ada rezeki utk dia sembuh.
2 hari sekali saya melawat dia di wad.
Kesian tengok dia tapi saya dah tak tau nak buat apa lagi.
Paling sedih bila Vet tu cakap kalau makin teruk lebih baik matikan saja supaya tak azab lama tanggung sakit.
What?
Tak nakkkkkk!
Suduuu......Cepat la baik.
Cepat la, boleh balik rumah semula.
Hari tu baru jer Si Pattah mati kena langgar,
Hari ni awak pulak sakit...
Please dont do this to me.
Stress sengoti la!

Thursday, January 23, 2020

Kesian Farah.

Sakit perut katanya.
Sakit sangat sangat.
Bila jumpa doktor baru tau.
Kena warded dan kena buat pembedahan.
Kesian Farah..
Sabar Farah dear,
Sakit itu penghapus dosa.
Tuhan uji sikit saja tu.
Redha lah....
You will be back to your feet soon.
Speedy recovery.
Mummy doakan segalanya dipermudahkan.
God, please take good care of my Farah.


Wednesday, January 22, 2020

Hari ni lebih baik dari semalam

Harap2 begitu lah.
Seperti ombak yg datang dan pergi,
emosi juga begitu
Naik turun
Silih berganti.
Semoga Tuhan berikan saya lebih kesabaran hari ni..
Semoga Tuhan lebih kesiankan saya..
Semoga Tuhan permudahkan urusan saya...
Hanya pada Tuhan tempat mengadu.
Hanya Tuhan.

Tuesday, January 21, 2020

Hati bukan retak tapi pecah berderai.

Bila hati terguris.
Berkali kali terguris.
Air mata sudah tidak mampu mencamtumkan retak.
Lelah teramat bila memikirkan nasib suratan.
Setelah solat sunat dan banjir di sejadah,
Saya ambil kunci kereta dan memandu tanpa tujuan.
Bawak diri dan hati..
Kalau boleh nak lari ke kaki langit.
Lari dari realiti.
Tapi apa daya saya.
Pedih macam mana pun saya perlu hadapi.
Hadap sorang sorang.
Begitulah hidup ini, hidup saya.
Hidup orang lain saya tak tau.
Mereka mungkin terlebih bahagia tidak seperti saya yang sentiasa terduga dgn ujian yg hampir tak daya utk di tanggung.

Seperti biasa saya ke pantai tengok ombak.
Menangis bertemankan ombak.
Dah lama saya pendam, saya pesan pada hati supaya sabar.
Saya cuba telan pahit maung ujian ini.
Entah kenapa hari ni rasa nak mengamok.
Nak teriak kuat2...
Nak mati.
Sungguh, saya rasa lebih baik mati.
Tadi dah puas menangis, rasa nak terkeluar bijik mata dah..
Kesian sungguh kat mata, kat mulut, kat hidung , kat hati dan kat otak.
Berhempas pulas menjinakkan marah, dendam dan benci sendirian.

Ya, saya tak ok.
Sangat tak ok hari ni.



Monday, January 20, 2020

Kita rehat dulu.

Bukan selalu boleh duduk2 relax macam tak ada kerja ni.
Berjela senarai kerja perlu dibereskan.
Tak habis habis ...
Penat.
Tapi itu lah realiti kehidupan.
Orang lain sibuk cara mereka.
Saya sibuk cara saya.
Semua orang pun rasa mereka lebih sibuk dari orang lain.
Saya rasa macam tu jugak.
Tapi sekali sekala nak duduk dan letak kesibukan di belakang, malas nak fikir.
Nak rehatkan badan dan minda.
Duduk2 macam ni kalau ada kopi 0 ais cicah biskut cap pingpong sedap nih.
Sambil tgok cerita bollywood lama2.
Kalau ada kawan sembang membawang lagi sedap.
Ada.
Tukang ambik gambar ni kan ada.
Haha.....
Siapa nak join meh sini...


Sunday, January 19, 2020

Penipu

Itu lah saya yg sebenarnya.
Sepanjang hidup saya, saya menipu.
Menipu jer kerja saya.
Kadang2 penat gak menipu ni,
tapi nak buat macam mana memang perlu tipu.
Tipu orang lain ke tipu diri sendiri tak kisah.
Janji menipu.

Saya selalu menipu cakap saya tak apa apa...
Saya dah biasa hadapi segala payah..
Saya boleh atasi segalanya dgn mudah.
Bukan orang tak peduli,
Selalu gak orang tanya khabar,
Kawan2 dan sanak sedara saya adalah yg terbaik.
Sentiasa cuba untuk berkongsi segalanya.
Tq. Terima kasih.
I am ok, dont worry, I am just fine.
Saya kan kuat.

Bila duk sorang sorang, sunyi sepi menjadi teman,
saya cakap ok apa? Alone n loving it..
No problem. Tak ada masaalah sikit pun.
I can handle it, insyaAllah.
Being alone is better than being with the wrong people
Saya kan tabah.

Bila saya terlalu penat..
Banyak urusan dan berjela senarai kerja yg perlu dibereskan,
saya cakap penat tak apa, nanti letak kepala di bantal terus lena
Penat ni ubat tido yg trrbaik.
Lagipun bila sibuk, otak tak lah duk fikir yg bukan bukan.
Best jugak berpenat penat nih!
Saya kan kuat.

Bila rasa tak sihat, fisikal tak kuat...
Bila badan signal nak kan rehat
Saya telan panadol dan teruskan tugas wajib dan sunat.
Sakit sikit jer, Demam biasa2 jer..
Dah tak sakit dah, dah sembuh dah...
Teruskan tugas seperti biasa.
Sakit itu penghapus dosa.
Saya kan ironlady.

Bila hati saya di sakiti...
Dilukai dan pecah berderai...
Saya senyummmm
Tak terjejas pun hati ini..
Saya memaafkan dan cuba melupakan.
Malah saya boleh lagi berhubung dengan si pelaku dgn baik.
Tidak ada dendam.
Saya kan understanding.

Tabah? Kuat? Ironlady? Understanding?
Menipu menipu menipu...
MENIPU.
Maafkan aku Tuhan, Ampuni aku..
Sepanjang usia aku menipu.
Aku hanya ikhlas bila aku berada di atas sejadah.
Di ribaan Mu segala kebenaran ku persembahkan.
Sedu sedan ku yg ku sentiasa sembunyikan tumpah juga.
Aku jujur menceritakan rahsia duka yg tersimpan.
Segala kepahitan yg ku rantai didalam diri berburai.
Tuhan, ini lah aku hamba Mu yg suka menipu.
Ampunkan aku ya Rabbi.


Saturday, January 18, 2020

Album ' The two of us'

Ramai pun seronok
Berdua tu lebih mesra.
Lebih membahagiakan.
.

Suka sangat bila tgok balik wajah2 kesayangan saya posing sebelah saya.
Macam2 gaya.


Ni baru bahagian 1.


Bahagian kedua akan muncul soon.
Kena gali dulu, cari dulu entah dlm fail mana dah


Tq for being by my side all of you.
Yg tak ada dlm foto2 ni jgn marah k


Love you all the same
Tak ada dalam gambar, dalam hati tetap ada
Tetap dekat.
Kenangan posing bersama akan saya ingat selamanya.
Tak kira la candid ke, posing sakan ke..

Sayang sokmo sokmo
Rindu sokmo2

Budi baik kamu tak kan saya lupa
Entah bila boleh posing gini lagi...


Samaada ada pertalian darah atau pun tidak,
Kamu semua buat saya bahagia.












Kadang kadang bertiga is the best.
Tambah2 kalau bertiga dgn body guard sado macam ni.

Friday, January 17, 2020

Album 'foto berbicara'

Koleksi foto2 berbicara.
Rupanya dah byk yg terkumpul.
Biar saja foto meluahkan rasa.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...