Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 2, 2020

Lain kali cakap hati hati...

Dari dalam kereta saya dah nampak keadaan di luar sangat berangin.
Musim kan. Tiupan angin bukan lagi sepoi sepoi bahasa.
Ada lah satu gerai jual nasi berlauk ni, tepi jalan dekat ni je.
Saya parked kereta di seberang jalan dan lintas jalan utk ke gerai tu.
Angin sangat kuat. Dua tiga hari ni memang macam ni.
Susah payah saya pegang tudung yg mcm nak terbang lari dari kepala.
Gerai ni dilindungi khemah kecik yang bergoyang goyang adu tenaga dengan angin.
" Dik, tak bahaya ke duk bawah khemah ni, kang terbang dibawak angin kang..."
Gatal mulut pulak saya nak bertanya.
Tiang khemah yg sebesar btg penyapu tu saya tengok mcm tak stabil dah tu.
" Takper kak,  dah biasa dah, dah lama niaga nasi di sini tak pernah sekali pun khemah ni terbang"
Sebaik dia habiskan ayat dia......GEDEGANG!
Khemah tu terbalik ke belakang,
 Bekas makanan dia ada juga yg bertaburan.
Nasib baik meja utuh dan mampu lawan angin.
Kalau tidak kerana beberapa org laki2 tlg pegang khemah tu,
entah terseret sampai ke tengah tanah lapang belakang tu.
Nasib baik khemah tu tak terbalik ke atas jalan raya.
Syukur banyak dah tu..
Saya bantu dia kemaskan meja kutip mana2 peralatan yg jatuh.
Semua yg ada kat situ mulanya terkejut jugak.
Tapi sudahnya kami x panik, saling membantu.
Tak sangka kami boleh gelak pulak.
Apa tidak nya,  jawapan dia pada soalan saya tu jadi lawak pulak.
Dia jawap dgn yakin sekali, mustahil khemah boleh terbang.
Kuasa Tuhan. Kan dah terbang dah khemah tu.
Kun fayakun.
Bila Tuhan berkehendak, jadi lah!
Mujur keadaan terkawal.
Saya dapat juga 3 bungkus nasi berlauk.
Dia pun sambung semula urusan jual beli .
Sebelum saya berlalu sempat dia berjenaka.
" Kak, ilmu apa kak pakai untuk tiup khemah saya hari ni"
Hahahahaaa....
Kalau akak ada ilmu dik, ada magik, akak tak tiupkan khemah dik, akak tiupkan angin rindu dari hati ini ke hati yg sepatutnya menerima rindu ini...
Haduhhhhhh....ke situ pulak!



2 comments:

Anonymous said...

haha...tergelak juga baca cerita ni.
Saya pun selalu diingatkan jgn sebut hal bukan bukan. Mulut masin or is it masin mulut. Sebut saja,jadi.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah.. tak teruk sgt gerainya ditiup angin ye granny..
Dapat merasa nasi lemak Tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...