Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 5, 2020

Kajol

Kalau dia putih saya bagi nama Madhuri.
Dia hitam, dapat nama Kajol.
Baru beberapa hari dapat kerakyatan.
Bukan pendatang tanpa izin tau.
Tapi di culik ( berizin) dari sebuah kedai makan
dan dibawa pulang..
Muda lagi, masih remaja kot.
Tak la cantik mana, boleh laaa...
Tapi dia dah timbulkan masaalah.
Si Sudu tak sukakan dia, asyik nak gaduh jer.
Si Owk macam biasa lah, buat derk jer.
Kajol ni suka menyorok.
Nak tengok dia kena cari merata dulu.
Dalam kotak, bawah kabinet, belakang rak..
Kelmarin Kajol panjat grill sliding door dan naik ke bumbung.
Pastu entah mcm mana masuk dlm siling rumah.
Mengiaw ngiaw lah sehari suntuk.
Nak turun tak dapat, kita nak naik ambik pun payah.
Kalut habis anak negeri duk ikhtiar nak selamatkan dia.
Mujurlah anak negeri saya ni ada yg baka spiderman kot.
Panjat grill dan cuba tarik dia keluar dari celah siling.
Berjaya! Tahniah kerana jadi life saver buat Si Kajol.
Terima kasih Ema kerana bantu turunkan Kajol ni.
Kajol ni,
bukan pengganti Si Pattah yg kemalangan maut.
Tak kan ada pengganti Pattah.
Tapi saya harap kebajikan Kajol lebih terbela di negeri saya ni.
Semoga dia membesar sihat dan
yg penting tak kencing berak merata.
Ko buat perangai Kajol, aku hantar ko semula ke kedai makan tu.
Ingat tuh!


1 comment:

Umi Nazrah said...

adeh ingat kajol pelakon hindustan tu, haahhaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...