Ombak..
Datang lah dan jangan pergi lagi
Sapalah resah ini sebagaimana
Umang umang menyapa cengkerang
Berbicaralah pada pasir
Tegurlah camar yg singgah melepas lelah
Tanya lah bayu adakah sepi itu seindah awan
Atau
adakah surut air di kuala
turut menghakis sisa rasa
yg terpenjara
Ombak...
Engkau tidak tahu
Sesungguhnya engkau tidak cuba untuk tahu
No comments:
Post a Comment