Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, September 27, 2020

Resipi lapar.

 Bila lapar segala pun nampak sedap.

Perpatah cina ada mengatakan yang " lapar adalah sos yg paling enak"

Betul sangat lah..

Cuba makan roti kosong masa dah kenyang.

Nak habiskan semulut pun payah, nak telan pun tekak tak nak terima.

Tapi bila makan sewaktu ada sos 'lapar'...

Roti kosong pun rasa manis bersira, laju jer telan.

Begitu lah kita manusia ni.

Lapar dan selera itu bergandingan.

Kalau dah kenyang selera pun mula menipis.

Tengok makanan dah tak menyelerakan kalau perut dah berisi.

Bagi si lapar cuba masakan apa pun mesti cakap sedap.

Malam tadi saya kelaparan sebab tengah hari tak sempat lunch.

Sibuk dan kalut entah hapa hapa.

Jadi malam nya pesan kat anak suruh belikan chicken chop kat pasar malam.

Bila buka bekas polistrin berisi chicken chop tu terkejut juga.

Apa benda la orang tu jual, tak ada rupa chicken chop langsung!

Padan la murah..

Tapi kerana saya dalam keadaan lapar peringkat gaban, saya telan jer.

Habis juga sebekas walau jauh dari sedap!

Laju saja mulut mengunyah dan tekak menelan.

No complaint.

Dah Kenyang dah....Baru boleh complaint.

Wahai si penjual punnnnn...

Lain kali jangan la ikut sedap jer letak nama chicken chop bagai.

Kesian pembeli.

Dari mana la kamu belajar masak ye..resipi siapa la tu?

Kamu ingat semua orang yg beli tu kelaparan macam aku ke?

Sanggup telan hasil jualan kamu yg begitu?

Kamu ingat bila murah boleh buat apa saja, x sedap pun tak apa?

Lain kali aku tak beli dah kat situ.

Lapar ke kenyang ke memang tak nak beli dah.

Kecuali kamu tukar resipi.

Berniga kena jujur dik.

Hmm...rugi tak snap photo dulu chicken chop malam tadi.

Mana sempat rakam gambar pun, lapar sangat kannn...

Sedap tak sedap masih bersyukur dapat makan dan hapuskan lapar.

Bersyukur tak kebuluran mcm kat negara yg bermasaalah.

Alhamdullilah. 

1 comment:

mokja said...

Saya pula selalu terkena dengan org2 COD . Ada ke mai hantaq satay yang entah berapa kali round dok perangat. Dah jadi satay plastik. Hantar fruit basket yang dah lisut dan kecut buah buahnya. Geram dibuatnya. Tak amanah betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...