Kita bertemu
Setelah berkurun terpisah
Setelah kita pulangkan hati dan
kuburkan ingatan.
Terasa janggal dan kekok.
Cuba berpura pura bersahaja
Sedangkan gemuruh perasaan melanda jiwa.
Kita bercerita tentang waktu yang tertinggal.
Kau hitung sibuk nya hari mu dan
Aku bilang saratnya tuntutan harian ku.
Sekali sekala kita kongsi jenaka lama.
Kau gelak dan aku tersenyum
Sempat ku intai redup mata mu,
masih seperti dulu...
Selamat tinggal, aku perlu berundur.
Terima kasih kerana tidak ada benci.
Sewaktu berpisah tadi,
Kita beria ia ....
Cuba menangkap semula
rindu lama yg terbebas tanpa sengaja.
No comments:
Post a Comment