Nok sukko lar wei...
Satu hari tu saya keluar ke pusat bandar.
Punya la payah parking, puas pusing keliling berkali kali baru dapat.
Tu pun jauh dari tempat yg saya nak tuju.
Jauh pun jauh lah.
(Post tempat bayar parking pun agak jauh sebab yg dekat macam rosak gitu)
Dah bayar tiket parking saya lenggang lengguk ke arah tujuan saya.
Masuk kedai keluar kedai.
Testing baju ni testing kasut tu
Terserempak muka yg dikenali, borak2 setajuk dua dulu.
Free n easy kann...Having a nice time.
Tapi nak jadi cerita lorat gaduh,
masa nak ambik duit kecik dari dalam hbag,
terpandang resit parking tadi.
Alamak!
Sudoh kijoooooo..!
Otak tua saya ni buat hal betul lah.
Kenapa pulak saya catat nombor kereta 'A' sedangkan saya rasa pandu kereta 'B' tadi?
Sudoh doh laa....Ke dah kena saman dah?
Lupakan nikmat jamu mata dalam kedai tudung ni dulu.
Cepat2 melangkah ke tempat parking yg jauh nya seperti beribu batu.
Penat tercunggap cunggap.
Memang ya, dah kena saman dah...
Nak marahkan siapa? Salah siapa?
Tu la, tak nak ngaku diri dah tua, acap buat kesilapan yg membabitkan faktor ' Lupa '
Pengajaran dari cerita saya ni ialah..
LAIN KALI NAIK GRAB JER LAH.
No comments:
Post a Comment