Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, September 3, 2020

6 series

Dah tua tua ni,
aktiviti paling sinonim ialah aktiviti di masjid.
Macam macam aktiviti ada disediakan di masjid2 ni.
Mengkaji kitab, belajar tajwid, talaqi,tadarrus,bahasa arab..
Macam2 lah, nak dgn tak nak saja.
Seronok
Selain dpt ilmu dpt kawan baru.
Ni geng masjid Awabbin tempat saya belajar bahasa arab.
Kadang2 muka yg sama akan bertemu di masjid lain pulak.

Sambil belajar pun sempat lagi posing.
Setiap kali jejak kaki di sini saya happy
Biarpun otak dah berkarat nak juga cuba belajar bahasa arab ni
Setakat ni masih dalam fasa ' benggong kelu'
Otak tua ku senak kalau bab menghafal.
Hentam saja lah

Ni sejak pkp ni kena pakai mask ke masjid.
Akur kehendak sop
Duduk pun jarak2
Tak best la tak leh membawang.
Opsss! Dlm masjid mana boleh membawang kann
Membawang yg baik baik saja, think positif guys.

Saya ni dari zaman sekolah lagi memang suka datang awal.
Sekarang pun saya jadi tukang buka lampu, buka aircond.
Best dtg awal tak payah risau nak parking kat mana.
Berlambak tempat parking pun.
Lagi best dapat duduk dekat tiang, boleh sandar.
Alah tua2 ni tak leh tak sandar, lengoh.
Duduk pun sekejap bersila, sekejap berlunjur.
Hadoii..demikian lah urat saraf ku.
Terima kasih Tuhan.
Dia masih memberikan saya peluang untuk belajar.
Masih sempat baiki kelemahan diri.
Masih mampu berdikari.
Hampir setiap pagi saya dan kawan2 singgah di masjid2 berdekatan.
Sejam dua selesai lah majlis ilmu.
Selepas tu?
Kita panjangkan langkah ke mana sahaja untuk isi masa lapang waktu pagi.
Breakfast ke, shopping ke, menziarahi sahabat ke..
Tepuk dada tanya selera.
Selera orang tua jer.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...