Lihatlah cucu
Butiran pasir yg lekat di jari mu.
Hanyut bersama masin air di kuala.
Hilang nya tak kan mengurangkan
jutaan pasir2 lain..
Hanya kerana segenggam pasir
di telapak tangan mu,
tidak merubah pantai,
Kau baling ke laut,
pantai tidak hirau.
Pantai tetap pantai selagi ombak singgah
Tiba2 sebutir pasir hinggap di mata mu.
Kau menangis, pedih terasa.
Sebutir pasir halus mampu menghalau tawa mu.
Pasir.
Sebutir pasir itu mungkin tidak mengubah pantai
Tapi sehina hina pasir.
Mampu mengganggu tenang mu dengan semudah itu.
No comments:
Post a Comment