Siapa pun kamu di hari ini
Bila kamu menyapa ku dengan panggilan cikgu
Dan bercerita tentang ingatan mu tentang aku.
Tegas garang membentuk peribadi mu.
Aku rasa seperti lelah ku dihargai.
Apa yang lebih membahagiakan hati seorang guru
Selain dari ingatan dari bekas anak didik.
Tak kira lah hari ini kamu siapa
dan kehidupan mu bagaimana.
Kerana satu waktu dahulu
aku pernah memegang jari mu
mengajar mu menulis abjad dan angka.
Aku pernah membetulkan tudung di kepala mu
Pernah ikat tali kasut mu.
Pernah marah kamu, pernah juga bersabar dengan kerenah mu.
Pernah dakap kamu kemas sewaktu kamu kalah
Juga mengangkat kamu sewaktu kamu rebah
Terima kasih siapa juga kamu hari ini.
Jangan serik untuk menyapa ku.
Cikgu ini sudah tua.
Acap lupa wajah lupa nama.
Sapaan2 kamu itu sebenarnya
adalah pingat penghargaan buat seorang guru
yang tua pencen seperti aku.
1 comment:
Selamat hari guru, cikgu
Post a Comment