Saya dah mula jadi skeptical dgn PKP nih.
Opsss...maaf, mukkadimah dgn ayat beremosi sikit. Dada ketat tersumbat nih. Just nak luah di sini utk kita pakat2 pikir
Cukup cukup lah berPKP ni. Kita hanya perlu terus jaga SOP saja. Jaga betul2, ketatkan arahan. Saman dan hukum kalau engkar SOP. SOP yg penting. Lama sangat berPKP ni dah mula memudaratkan. Rakyat dah tersepit antara takut mati kerana penyakit atau takut mati kerana kebuluran. Mana lebih menakutkan?
Ekonomi makin teruk. Yang miskin tambah miskin. Yang bekerja jadi pengganggur. Yang boleh berdikari dah kena mintak bantuan. Ada yang terpaksa pindah kerana tak mampu bayar sewa rumah. Homeless. Hanya yang kaya tetap kaya raya. Bagi mereka no problem PKP ke tidak, duit masih juta juta.
Malam tadi ada cubaan nak pecah masuk rumah saya. Agak2 kenapa diaorang panjat pagar dan umpil tingkap nak masuk? Singgah nak tengok saya melukis ke malam2 buta? Ke singgah nak sama2 solat sunat tahajjud? Ke saja2 tak leh tido malam rasa nak exercise panjat pagar?Awak rasa?
Kalau lah tidak kerana anak menangis kelaparan...Kalau lah tidak kerana perlu bayar hutang...Kalau lah tidak kerana poket dah kosong..dah hilang sumber pendapatan....Kalau lah tak terdesak, terpaksa, takkan sanggup mereka gadai nyawa.
Betul lah mencuri merompak itu salah. Memang salah.Bukan itu cara cari rezeki. Ramai lagi orang yg susah tapi tak buat kerja salah begini.Tapi kalau dah 5 buah rumah di kejiranan yang sama dalam masa seminggu, ini satu petanda ni. Kesan sampingan bila rakyat makin susah.
Ada yang tak kena ni...I am not blaming it on the system but something should be done..Something is not right. Please la kaji semula kesan sampingan dari PKP ni.
I am terrified. Soooo takooot la wei. Malam tadi terkebil kebil tak leh tido. Duk teringat kalau lah pencuri/ perompak tu dapat masuk dan letak parang di leher seperti jiran saya alami 2 hari lepas..Haduhhh, mintak Tuhan jauh!
Now in this never ending PKPs I lost my peace of mind..I apologised for this emotional piece of thought. Many might disagree but I don't care. If you were in my shoes than only you know why I put it this way..Than only you will agree.
Sementara tu, kita teruskan PKP kerana itu satu arahan yang perlu dipatuhi. Kita berdoa semoga ada cadangan2 baru yang lebih baik timbul. Semoga cepat lah lenyap musim covid ni supaya kita semua boleh kembali ke kehidupan kita sebelum ini...Kita jaga kita.
Kes tak leh tido sampai pagi, otak masuk air. Dari duk berleber pot pet pot pet baik cuba tido. Hopefully bangun nanti fikiran lebih damai.
No comments:
Post a Comment