Saya perhatikan tudung dia basah kerana peluh. Dia cuba memikat hati saya untuk beli kad discount yg dia tawarkan. Kami berdiri di tengah panas, dia di luar dan saya di dalam. Saya tak hadam pun apa yang sedang dia cuba terangkan. Saya asyik melihat bahasa badan dia.'Body language'. Dia nampak penat tapi senyuman nya manis sekali. Beg yang dia galas penuh berisi risalah2 yang bakal dia hulur di pagar2 rumah seterusnya.
"Awak masuk dulu.." Saya tekan remote pagar dan dia mengekori saya dari belakang.
" Duk sini, awak nak minum?" Saya buka kipas di beranda dan dia nampak lebih selesa duduk di kerusi tu. Dia teragak agak nak jawap. Saya ambikkan segelas jus apple berais dan hulur ke tangan dia. Dia minum. Dahaga sangat nampaknya. Kesian.
Anak siapa lah ini. Mencari rezeki halal. Anak gadis yang ketepikan soal malu dan segan. Saya bayangkan kalau lah dia anak saya. Susah anak2 saya, ramai lagi yang lebih susah. Allah hu, kesian sungguh. Sambil mengucapkan terima kasih berkali kali, dia bangun untuk beredar setelah saya hulurkan bayaran untuk kad diskaun tu.Bukan saya nak pun kad tu, hanya kesian saja. Dia berlalu pergi.
Saya masih di beranda melayan bayang anak gadis tu . Dia berkelulusan degree in finance, sambil mencari kerja, buat kerja2 sementara dulu. Kat rumah, maknya yg OKU ambik upah kupas bawang untuk kedai makan berdekatan. Adik2 masih bersekolah.Semoga Tuhan permudahkan urusan dia, murahkan rezeki dia dan bahagiakan dia.Hati saya tersentuh. Rasa nak tiok wehhh...!
Tadi saya dah pegang kunci kereta untuk keluar sewaktu saya lihat dia di depan pagar tu. Nak ke Mall cuci mata dan beli 'benda x wajib beli'. Saya sangkut semula kunci di keyrack. Rupanya Tuhan kirimkan seorang anak pekerja majlis bandaran, atau lebih tepat anak pekerja yg ikut lori sampah pungut sampah ni untuk ubah niat saya hari ni. Tuhan kirimkan makhluk yang paling lemah untuk cairkan hati saya.
Pesanan buat anak2 ku...Sekali sekala bila kamu rasa hidup ini tidak adil, bila kamu rasa byk nya kehendak kamu tak kesampaian, cubalah lihat rumput di kaki yg struggle untuk mendapatkan matahari dan hidup menghijau dan menyejukkan mata. Jangan lah duk dongak ke langit dan cuba bina kapal angkasa untuk ke bulan bintang. Penat tau tak kalau hidup dalam mengejar mimpi yg terlalu tinggi..Syukur itu punca bahagia yang paling mudah.
Sekiah tazkirah pagi ini. Tazkirah sorang2 kerana sekarang belum pun subuh dan anak2 menantu masih dibuai mimpi..
No comments:
Post a Comment