Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 8, 2021

Senarai yg berjela

 Dah hampir setahun kita berPKP.Banyak nak dibuat sepanjang PKP ni. Biarpun separuh darinya hanya beku di senarai. Tak buat2 jugak.

Dari asyik duk komplen bosan bosan bosan duk rumah, baik cari aktiviti yg boleh mengusir bosan tu. Aktiviti yang kita suka la, jangan aktiviti yg dipaksa paksa. Lagi stress nanti.

Aktiviti saya suka walau tak pandai mana buat ialah melukis..Tak kisah tak cantik macam orang lain lukis pun

 Saya tahu saya bukan pelukis sekadar suka menconteng saja.Kelmarin cari warna2 yang anak cucu dah x pakai..kutip dan guna semula..ni lah hasil nya....taraaa....


Dah tu tiba tiba rasa nak lukis potret. Ini sesuatu yt saya paling takut. Dah byk kali buat tapi x berjaya.Entah kenapa hati degil ni rasa nak cuba lagi..Ni potret suami anak angkat saya nih. Happy nya dia bila siap potret tu. Walau tak hebat, hanya hasil dari seorang yg bergelar mak nenek, dia cukup suka dah. Saya pun happy bila dia terima kekurangan lukisan tu..


Esuk2 nak lukis apa pulak? Banyak ni, berjela dalam senarai 'nak cuba lukis'. Tengok la, ada kelapangan menjadi lah.

Nak gi beli warna lah...boleh keluar ke? Tak bahaya ke? Harap2 kedai stationary tak ramai orang..Lalalalaaa......happy wei!







1 comment:

mokja said...

Rasa nak ikut la melukis.Kena beli paint by number sbb tak pandai mewarna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...