Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 3, 2021

Sambung lagi

 Iya ke......

Hmm..2 minggu lagi la duk berkulat di rumah.

Bersawang berlumut.

Hampir habis segala aktiviti dah dijalankan.

Buntu fikiran tak tau nak buat apa lagi dah.

Bosan tahap dewa nih.

Orang lain PKP berani gak keluar2...

Saya ni rakyat yang patuh.

Keluar utk perkara wajib saja.

Maka duk terdampar lah di rumah di kebanyakan waktu.

Bila PKP baru ni dah nak tamat, dalam kepala duk plan macam2..

Pecah berderai lah mimpi, kena kurung lagi ni.

Sabar jer lah makcik Hani...

Makan tido, makan tido...ulang2 lagi begini.

Huhuhuhuhuuuu.....!

Dah bosan sangat ni kita belek album lah, tengok foto lama dan kenangan waktu2 bebas dulu.

Apa khabar pekan Munduk la ni? Dah jadi pekan mati ke? Best nya nasi khomok di Munduk.
Dulu boleh rentas sempadan negeri. Boleh berkumpul anak cucu- bonding time.
Nak balik jengok org tua di kampung pun boleh. Lama tak tengok kolam dan tangkap ikan.
Dulu majlis boleh buat besar besaran. Meriah gitu. Siap guna khidmat heli lagi..Sangat meriah.
Boleh makan2 kat luar. Pantai suri dah tak berseri kot sekarang ni..Ada lagi ke pasar pantai Suri ni?
Kelas2 agama di masjid pun banyak..seronok 
Nak shopping tak ada masaalah. Keluar dgn kawan2 usir bosan..
Nak keluar berkelah di pantai dgn keluarga  pun boleh.Kawan2 nak berkumpul di rumah ramai2 pun tak apa...seronok masak dan jamu kawan2..
Those were the days...
Semoga kehidupan kembali normal selepas ini.
Kita sama2 berdoa wabak ini berjaya diusir, InsyaAllah.


1 comment:

anamizu said...

hermmm tu lah kan kak mereputlah lagi kat rumah. rindunya zaman takdak covid T_____T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...