Saya duk tilik foto2 yang terakam di sepanjang PKP. Walau kita puasa, raya, sambut itu ini dalam PKP, syukur segalanya tetap meriah. Tetap indah dgn cara yg tersendiri.
Hari ke dua PKP yg pertama. Lockdown paling ketat. Kami breakfast stail berkelah di pantai tapi dalam pagar depan rumah saja. Seronok juga sekali sekala berkelah tanpa pasir dan ombak. Sunyi jer, tak ada bunyi kereta melintas dan tak ada orang lalu lalang.
Aktiviti wajib sepanjang PKP. Masak dan makan. Menternak lemak dengan jaya nya. Waktu begini perut sentiasa minta di isi...masak makan, masak makan, masak makan.
Akhir mac 2020 kami sambut birthday budak dua orang tu. Sambut secara dalaman, tanpa jemputan pun. Sesama kami anak beranak saja.Masak sikit2 ambil syarat saja tapi tetap terasa kemeriahan nya.
Aidilfitri dalam perintah PKP. Tak ada solat sunat, tak ada kunjung mengunjung. Baju raya pun tak ada, pakai jubah lama saja.Beraya lah kami sesama sendiri. Bermaaf maafan dan makan juadah raya ulang ulang. Maklum lah dah tak ada tetamu nak makan, kami jugak yg makan.
Sepanjang PKP masa byk di rumah. Alhamdullilah ada lebih masa untuk baca quran.Dua minggu dah boleh khatam quran . Kalau tidak PKP asyik tertunda tunda sbb byk keluar masuk kesana kesini kesana kesini.
Masa untuk berkebun pun lebih panjang. Main tanah lah sampai tengahari tak jadi masaalah. Tak terganggu dgn kehadiran orang luar, jiran pun tak keluar rumah.
Selain tanam pokok bunga, saya berPKP dengan melayan hobi lama. Dinding2 rumah saya jadi mangsa contengan jari saya. Puas. Seronok. Cantik ke tidak soal kedua. Yang utama nya boleh pegang berus dan main dgn warna.
Ni pakaian wajib masa PKP..Bukan niqab tu yg wajib tapi tutup mulut tu. Selalu pakai mask, sekali sekala cuba pakai niqab..Janji tak kena saman.Hadehh! Best jugak PKP nih...Sejarah yang akan kita kenang sampai bila bila..Kita jaga kita. Stay at home, stay safe. SOP kena patuh. We can do it!
No comments:
Post a Comment