Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 29, 2011

Bertambah lah jawatan saya esuk..Elaun kasi lebih yer boss.

Ada kerja kosong nih..Siapa cepat dia dapat.
Gaji lumayan. Makan pakai tanggung beres.
Lodging disediakan.
-Mendobi
-Mengemas rumah
-Memasak
-Bersih laman
-Cuci kereta kereta
-Cuci kandang kucing
-Cuci tandas
-Pangkas pokok dan buang sampah
-Buka dan tutup pagar
-Buka dan tutup lampu porch
-Angkat talipon.
-Angkat beg sekolah masuk kereta
-Angkat beg sekolah dari kereta ke dalam rumah.
Tugas paling utama- Tadah telinga bila aku membebel tanpa sepatah kata.
Berat ke tugas2 ni?
Tak lah, Bibik saya dah biasa camni..Dah 6 tahun dah.
Esuk Bibik Parti balik bercuti di kampungnya di Jawa tengah.
Best la kau Bik, eksen bukan main lagi ko nanti kat kampung tu.
Ko balik bawa banyak ole2 dari Msia.
Satu Malaya kau nak bawa balik yer.
Happy lah tu...
Ibu rasa esuk sah ko kena charge lebih timbangan.
Mau nyer tak, cili kering pun nak di bawa balik.
Macam la kat indon tu tak de pokok cili.
Milo,Syampo dan entah apa2 lagi yg kau sumbat dlm beg ko tuh.
Eh Bik, siapa yang nak ganti ko buat kerja2 rumah ni sepanjang ko tak der nanti?
Siapa lagi Bik,
Akuuuuuuuuuuuuuuu jugak la!
(Aku yang gusar setiap kali kau cuti Bik.
Ko jangan langsung tak balik sini dah.
Nanya aku nanti........ )

16 comments:

mommylavender said...

salam malam jentayu~ wah2 kesian jentayu...mai mommy tulung~haa

hani@debumelukut said...

aduhhh mommy, itulah betapa penting nya ada pembantu bila usia dah tua gini..tak larat dah saya nak urus segala benda...

Insan Marhaen said...

pendek kata, selagi tak tutup mata...kerja..kerja..kerja...

Ann Huda (Ate) said...

Milo kat sini mmg jauh lebih sedap dari Indonesia kak. Isteri Gabenor Padang pun kirim Milo dari sini.
'Selamat Mengurus Rumah'.

hani@debumelukut said...

insan Marhaen,
penat penat penat.

hani@debumelukut said...

Ann,
macam tu ke? patut laa...

Anonymous said...

Salam cikgu, klu rmh cikgu tu dekat rumah saya, blh gak saya apply. No hal punya. Bayangkan gaji bersih tiap bulan. tak de income tax lagi. Silap ari bulan lagi kaya dari org keje pejabat tu, whoaaa

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bila dah 'bercuti' nanti kita berehatlah seadanya.

Tapi....bolehkah kita berehat dengan aman tampa persediaan yang secukupnya?

Ibu n Abah said...

cikgu....
bibik balik kampong mmg akan selalu lebih bagasi...
sebabnya segala tok nadok yg hendak dibawanya pulang..
pernah sekali tu, bibik kami bawa balik mesin pengukur kelapa.... sebab bibik nak bukak kedai runcit disana...

mykhalis said...

hahah.. buleh kurus kan badan lepas ini..jgn lupa nak update entry pulak tau..

hottest entry di blog khalis :
Dunia coklat paling lazat

Diskusi lucu antara Bill Gates dan Steve Jobs

hani@debumelukut said...

anonymous,
berjuta2 bibik bawak balik duit..kita majikan ni tak pernah lagi jadi jutawan.heheheeh

hani@debumelukut said...

ahmad humairi,
persediaan tak pernah cukup kan?

hani@debumelukut said...

Ibu dan Abah.
.itu lah, segala nya nak di angkut, ingat sekali tu kesian jugak..

hani@debumelukut said...

mykhalis,
kurus apa, lagi penat laaaagi kuat makan.

Mie said...

Masa nilah nak cari pahala berganda.. hehe

hani@debumelukut said...

Mie,
bila dah berusia 50an ni, badan pun dah tak sesihat dulu lagi..bekalan ubatan dah bertambah..tak larat dah akak urus segalanya sendirian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...