Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 14, 2011

Tak Sihat.

Bila tak sihat, baru lah menghargai masa sihat.
Sakit kepala dah makin kurang.
Perut masih rasa mual dan sakit2 seluruh badan.
Semalam saya langsung tak bangun2,tergolek atas katil.
Berat rasa kepala dan lemah badan sungguh.
Bila telan ubat, makin menjadi jadi sakit nya.
Silap ubat ke apa tak tau lah..Tak celik mata, kelam rasa dunia.
Solat pun terketar2 kesejukan bila berwudhuk.
Dah lama sihat, Tuhan nak test sikit sikit..Redha.
Mesin pun ada kalanya rosak, ini kan kita yang dah berumur ni.
Menerima hakikat setiap orang kearah yang sama, semakin uzur.
Mustahil kalau semakin muda belia.
Mujurlah sakit saya sakit yang biasa biasa saja, cepat sembuh dan belum lagi ke tahap menyusahkan siapa siapa.
Tidak mahu menjadi beban.
Kalau dah ke tahap menyusahkan orang lain macam mana?
Sentiasa lah ingat,
Kalau ada pilihan, orang sakit pun tak mau sakit begitu.
Semuanya kehendak Tuhan
Hanya Tuhan yang menentukan, kita ni merancang saja.

4 comments:

alamaya said...

take care auntie...

Granny Hani said...

Tq alamaya, auntie dah ok sikit dah..U too,take care k.

Anonymous said...

Salam Puan Hani, saya doakan moga puan cepat sembuh dan sentiasa dilindungi dan diberkahi Allah. Amin

Granny Hani said...

Anonymous,
Siapa jua Saudara/saudari ni, akak berterima kasih atas doa itu.Akak juga doakan semoga Tuhan memberkati Saudara/saudari juga.

"Ya Allah ya tuhan ku, jika hidup itu lebih baik buat ku, Kau panjangkan lah usia ku tapi jika mati itu yg terbaik buat ku, aku redha." Sesungguhnya Tuhan tahu yg terbaik kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...