Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 3, 2011

Yang tak ada dalam Zoo Negara

Hanya terdapat di Kelantan.
Sejenis binatang omniverous/maserba.
Saya sendiri tak pernah tengok macam mana rupa binatang ni.
Tapi orang tua tua selalu sebut nama nya.
Arwah nenek saya selalu jugak kata..
"Habis setandang pisang di makan 'MUGO'.
Kadang tu ada orang cakap, anak ayam kena baham dek 'MUGO'.
Ganas benar,biar betul...
Banyak agak nya MUGO ni berkeliaran..
Menakutkan!
Si Berahim yang hisap dadah tu agak nya ber'baka'kan MUGO jugak.
Sebab nya nama manja bagi Si Berahim ni ialah 'MUGO Tok Pok'
Kalau Si Berahim melintas depan rumah, mak saya mesti cakap..
"Tu, 'MUGO Tok Pok' tu nak mintak duit lah tu..Cian Si Berahim.
Haa...Hati hati kalau membeli belah di negeri saya ni, banyak MUGO kat pasar tu.
Mana tau, terbawa balik MUGO pulak.

2 comments:

sally said...

:))

Ibu n Abah said...

Puan Hani..
kalau dapat tunjuk gambar, boleh kami kenal dengan MUGO...
baru dengar hari ni....
pelajaran baru ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...