Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 1, 2011

Yam yg tak sayang mulut

Ini pun kisah benar yang saya nak kongsi.
Siri ketiga selepas kisah Si Yah dan Si Dol.
Yam orang Melaka yang bersuamikan orang kelantan.
Kerja di Kelantan dan tinggal di Kelantan bersama mertua.
Yam kuat membebel tapi ibu mertua nya jenis yang pendiam.
Ada saja benda yang nak di bebelkan oleh Yam.
Pantang anak2 buat silap sikit, pot pet pot pet lah Yam sampai petang.
Nak di jadikan cerita, anak bongsu Yam sehari dua ni asyik tinggalkan kesan kat seluar dalam selepas dia ke tandas..Basuh tak bersih lah tu.
Yam punya lah marah..Puas di bebel nya budak tu hari hari.
Satu hari sewaktu Yam duk mengemas kat dapur, bunyi air dari tandas menyebabkan Yam cepat2 bagi warning.
"Cuci bersih2 b**t*t kau tu. Sabun elok2.Pas ni keluar, tonggeng B**t*t tu,nak spot check"
Yam sambil tu teruskan mengemas berhampiran tandas tu sambil menunggu anak nya siap guna tandas.
"Mak, Izzah dah siap buat keje sekolah,boleh tengok TV?"
Rupanya Si Izzah kat dalam bilik dari tadi.
Siapa kat tandas? Siapa yang dapat pesanan penaja tadi tu?
Siapa lagi, mak mertua dia lah.
Haaa...Yam, tu la, cakap siang pandang2,
kalau kau berani buat lah spotcheck nanti yer...
Agaknya Si Mak mertua Yam tu terkejut beruk bila dengar menantu nak spotcheck B**t*t!

2 comments:

Ibu n Abah said...

Puan Hani...
nak ketawa dulu...
apalah agaknya yg dirasakan oleh MIL Yam sewaktu Yam membebel begitu...
mujur dah jadi menantu... kalau dalam tempoh merisik, harus cancel....

Granny Hani said...

Ibu dan abah,
kalau belum jadi menantu alamat kensel lahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...