Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, March 11, 2011

Kira okey lah ni...tq dan syukur

Follow.
Terima kasih kerana follow.
Meniti setiap baris bersama.
Dalam senyap yang berizin,
dan ada juga yang meninggalkan bekas.
Kunjungan yang membahagiakan.
Sewaktu mula berblog,
saya bersendirian melayan tarian jari di keyboard.
Tidak pernah menjangka akan ada yang follow,
kerana yang terlakar hanya lah kehidupan biasa biasa
seorang yang tidak ada nama.
(selain dari nama yang dihadiahkan ayah bonda di daftar kelahiran)
Rupanya sekarang saya tidak bersendirian di sini.
168 bersama saya.
Angka kecik kalau banding dengan bloggers lain.
Tapi bagi saya cukup bermakna.
Kalau tidak follow pun saya tetap gembira bila saya tau ada yang singgah baca.
Follower yang dihormati,
Pembaca yang dihargai,
kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Stadium Bukit Jalil juga.
Lautan Cina selatan pun menadah sama.
Kenal nama walau tak pernah bersua.
Kalau seorang pun saya dah cukup bersyukur,
inikan seramai ini...
Siapa sangka........

10 comments:

Unknown said...

Akum KAK... Bile bace entry akak sy rase akak seronok sgt beblog.... Sy kasih lg mencari rentak dlm dunie blog i.....

attholib said...

Sama-sama... Terima kasih kembali kepada hani:)

Zuraini Kamal said...

saya akan terus membaca bila berkesempatan; its fun. ada yg sedeh & pelbagai emosi. keep writting ... sesuatu yg baik utk sy baca; bkongsi luahan hati jiwa lara & bahagia

Granny Hani said...

DrMizEd,
Memang akak seronok.Blog akak adalah landasan akak untuk menyuratkan yg tersirat.

Granny Hani said...

Mutalib attholib,
suka baca puisi tu.sangat suka.

Granny Hani said...

Pn zuraini,
tq..Itu lah kehidupan.

Anonymous said...

Salam Puan Hani, sy lah salah seorg dari sekadar pembaca tu. Membaca blog puan ini membuat sy terlupa yang sy ini keseorangan. Terima kasih byk puan kerana membuat hati sy sentiasa terhibur.

Granny Hani said...

Anonymous,
U r not alone, I am here with U.

Unknown said...

Salam Mu'alaikum semua nya,apa yang saya nak share ialah,kata2 ini)_;Kalau ada tanah di bubuh mustahil benih tiada kan tumbuh tanam lah ia bersungguh2 tanam di dunia di akhirat yang tumbuh.

Granny Hani said...

tq anchorduster, tak berapa fham maksud itu tapi saya anggap ia satu yg perlu saya ambik perhatian..dlm perhatian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...