Innallillah....
Berita kematian datang lagi
Baru berkira kira nak pergi ziarah di hospital,
tak sempat.
Tenang dan aman lah wahai kenalan yang sekarang bergelar
Allahyarhamah.
Tuhan lebih menyayangi mu.
Melebihi kasih sayang kaum keluarga dan sahabat mu.
Mengakhiri penderitaan mu dengan pantas,
Menamatkan sakit pedih yang kau tanggung.
Bahagialah kamu bertemu dengan pencipta mu.
Sudah begitu yang tertulis buat mu,
sedang buat aku belum tentu.
Bagaimana dan bila..
Dimana...
Kematian adalah permulaan sebenarnya.
Kehidupan baru bagi yg ditinggalkan
Kehidupan kedua bagi yang meninggalkan.
Semoga yang meninggalkan dan yang ditinggalkan,
Sama2 berada dalam keberkatan.
(Sama2 lah kita sedekahkan Alfatihah...ALFATIHAH)
2 comments:
salam isnin~ Al-fatihah buat allahyarhamah.
~ terima kaseh singgah blog mommy salam kenal...~hee
Adat kehidupan begitulah... Al-fatihah..
Post a Comment