Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 21, 2011

Cable


Segala masaalah duniawi selesai kalau ada cable.
Cable macam mana saya tak pasti tapi itu kata hubby saya.
Kalau cable besar, lagi cepat dan berkesan.
Soal saman ke, nak tender apa apa ke, nak posting ke, sebut saja.
Janji ada cable besar betis saya.
Kalau setakat cable besar line talipon kat tepi jalan tu jangan harap lah.
Buat bazir karan jer kalau hanya sebesar tu.
Dunia sekarang kejujuran dah tak ada harga.
Kalau nak mintak kerja pun, kalau harapkan ijazah dan sijil berkotak2 belum tentu dapat.
Nak tak nak, cari cable...
Kadang tu orang cari hubby saya kerana nak kan cable..Adoii...
Tak suka lah macam ni..Ini stail berkawan ada udang di balik batu ni.
Bila time perlukan cable baru nak datang rumah, baru senyum dari telinga ke telinga.
Agak2 kalau bukan kerana cable, ada tak kawan yg betul2 terima kita seadanya?
Dunia cable...
Saya?
Cordless!

4 comments:

Kak Nik Ja said...

nak2 kalau ada berpangkat skit..mulalah berlonggok2 hamper, hadiah,$$$ dapat..semuanye nak pancing cable...di mana kah ikhlas dan amanah itu mengilang?

Granny Hani said...

Cable ada di mana2..atas darat, bawah laut..di mana saja..

Sally said...

Salam,

..dan saya mangsa kerana tiada cable..org lain ada cable makanya mereka selamat..tp lama mana nak bergantung kpd cable2 ni, the best cable would be Allah s.w.t tak gitu Pn Hani..

Granny Hani said...

Jaja, yes, cable yg paling besar ialah Dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...