Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 29, 2011

Traffic Jam dalam kepala ku....Banyak sangat kenderaan berat.


Sorang sorang kat sini.
Bertemankan hujan lebat di luar dan di hati juga.
Tengah malam buta saya ngadap laptop.
Tak leh tido.
Lebih tepat terbangun dari tidor dan tak leh lena balik.
Tadi mimpi di kerumuni serangga yang saya paling tak suka dalam dunia ni.
Mimpi mainan tidor, tapi tadi dah jadi racun tidor.
Terbawa2 takut hingga tersedar dan mengucap panjang.
Mujurlah hanya mimpi.
Astaqfirullah, tak nak mimpi gitu lagi.
Nak kata tak basuh kaki, rasa2 dah basuh pun.
Saya tak nak mimpi yg tak best gitu.
Macam mana nak tekan channel mimpi yg best2 aje yer?
Mimpi kurus ke..
Mimpi kaya ke..
Mimpi bahagia ke..
Sempat lagi tidor balik ni kalu otak setuju untuk berhenti dari berputar ligat.
Ok lah, Gud Night again to myself..

6 comments:

Mutalib attholib said...

Sekadar mimpi Hani.

Saya selalu berasa amat lega apabila peristiwa yang buruk yg berlaku rupa-rupanya hanya mimpi. Sebab itu kadang2 saya mampu tersenyum bila tersedar dari mimpi ngeri.

"Dibalik cermin mimpi, aku melihat aku.." Lagu M. Nasir :)

eni osman said...

salam...semalam pun tak boleh tidur...duk teringat ...drama seram `detik 12' tv1 hari tu...yg bilik hotel berhantu...he he....

hani@debumelukut said...

hahahaa..penakut jugak adik eni ni yer...

hani@debumelukut said...

Yer lah mutalib, kalau mimpi ngeri tu amat seronok bila tersedar dari mimpi..tapi kalau kenyataan yang lebih mengerikan, nak tido saja, tak nak bangun2...

Cikgu Den said...

suka bersukan or berjoging. bila badan dah penat, malam dapat tidur lena. best...

hani@debumelukut said...

Cikguden,
akak yg dah tua ni malas betul dah nak beriadah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...