Kadang kadang kita menulis baris2 duka diwaktu hati berbunga ceria.
Kadang kadang kita menulis ayat geletek yang mengundang gelak tawa di waktu hati menjeruk rasa.
Walau yang tersurat itu adalah dari rasa yang tersirat,
Tapi mungkin sejarah dalam diri yang mencatat kenangan..
Atau mungkin juga mimpi yang belum kesampaian.
Apa saja, saya menulis bukan kerana nama..
Sekadar mengurangkan kesesakan jalan raya di kepala.
Sekadar berkongsi cerita yang pernah saya lalui.
Mimpi2 saya yang saya harapkan menjadi realiti dan
kegusaran saya yang perlu saya jinakkan.
Ketawalah bersama saya..
Jangan tambahkan tangisan kerana banjir ini perlu surut bukan merebak.
Terima kasih kerana ambik peduli..
Kalau tidak tuan puan semua, siapa lah lagi yang sudi..
2 comments:
cikgu...
bila ada blog ni..
kita boleh luahkan apa yg kita rasa...
saya mula berblog sejak diperkenalkan oleh MA yg merawat saya...
ianya merupakan satu terapi yg baik buat saya...
Ibu dan Abah ,
Saya mula berblog bila saya jatuh di timpa tangga, atap, dinding, rabung dan segalanya.
yer, betul tu, terapi yg baik.
Post a Comment