Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 6, 2011

Penutup cerita 'bodoh' saya

Ini yang paling ter'bodoh'.
Bukan, bukan pasal org tipu saya.
Ini pasal saya menipu org.
Dulu...
Saya beli lah sebuah oven kecik dengan harga rm600.
Saya tau mahal tapi sebab kawan2 beli,saya pun terikut2 beli jugak.
Alasan yang dah menampakkan kebodohan saya kan?
Bila balik rumah, saya tayang lah oven tu kat hubby.
Seronok beli benda dengan duit sendiri.
"Murah jer ni, rm 300..."
Ayat penipu dari saya yang makan tuan.
Supaya meter marah dia tak naik, saya guna tektik kotor nih.
Kalau cakap rm600 kang kena bebel tak pasal2.
Bukan tak ada oven kat umah, dah ada pun.
Discount /offer tu.. Rugi kalau tak beli..
Perasan bijak lah tindakan kepala otak saya tu.
Hubby saya nampak tertarik dengan oven tu.
Tiba2 dia picit hset..Naper lak?
"Kak Jah(saya tau ni kerani tenpat dia kerja), oven yg cina tu cakap rm600 semalam tu mahal, nanti kalau Kak Jah nak, isteri saya boleh order dr kawan dia, murah, separuh dari tu harganya.."
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Mampos la saya macam ni.

1 comment:

Ateh Nour said...

Sallam,
memang kalau kita tak berhati2 kita selalu kena tipu macam tu, abang ipar saya pun kena macam beli barang yang sepatutnya cima 250 dengan harga 800. Apa boleh buat dah terbeli, sabar ajalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...