Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 10, 2011

Nombor yang anda dial tidak ada dalam perkhidmatan..

Nak tunjuk gambar hset saya pun segan sebab hset zaman pemerintahan jepun lagi.Anak2 saya kata hand set saya tu banyak fungsi tapi saya hanya tau buat panggilan dan SMS. MMS pun pandai lah jugak.
Dah puas anak2 ajar kegunaan selainnya tapi otak tua ni dah tak leh terima.
Hati nak sangat beli handset baru yang canggih2. Anak2 bab handset ni hafal dlm kepala. Nak yang macammana, tanya aje anak2 tu, semua tau! iPod ke, apa ke,yang begitu ke, yang begini ke..
Membazir saya beli yg pelik2 kerana saya tak akan tau gunakan kelebihan yg ada di hset tersebut.Silap hari bulan anak2 yg untung..Berpindah tangan nanti. Buat masa sekarang handset saya selamat kerana dalam famili saya handset saya lah yang paling out of date.

Handset saya ni kalau dah kehabisan bateri, saya ambil masa untuk charge balik..Sebab nya, kalau dah letak di charger tu alamat saya terlupa terus. Mulalah tak bawak handset.Mulalah kawan2 bising suruh saya campak hset ke sungai sbb pakai hset tapi acap tertinggal kat rumah.
Biarlah, dulu tak ada handset pun orang hidup jugak kan?

Tapi demi mengikuti arus kehidupan saya perlu jugak tayang pakai hset..kalau masuk majlis, berbunyi hset, dengan bangga boleh kuarkan dari handbag..ini tidak, nak jawap call pun macam nak nyorok bawah meja..Malu nak kuarkan handset yang muzium duk cari ni.
Saya heran lah, kenapa ada orang lelaki guna sampai 2 handset?
Ke ada yang sampai 3?
Tak berat ke handbag?

Saya nak yang ni..................ngehngehngeh!!!
Yang ni pun kalau ada orang nak beli kan saya sikit pun tak marah...

4 comments:

Ros said...

Alahai kak hani...kita sama le..h/p o.o.d dan tak nak di up to datekan...

tapi...kalau kawan call boleh je sembang lama dan line pun clear...

okey je..

hani@debumelukut said...

ros,
yg penting dapat call in and out..tu aje.

al-lavendari said...

hari ini baru saya tahu zaman pemerintahan jepun dah ada henfon.

henfon saya banyak juga function yg sy tahu guna selain utk call dan sms:

1. kalculator
2. alarm
3. ambil gambar
4. pemberat utk elak kertas berterbangan !

hani@debumelukut said...

al lavendari,
hehehe..gamak nye kalau nak jual pun hset saya ni dah tak ada harga..elok lah saya buat pemberat kertas jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...