Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 26, 2011

Lepas Pantang

Imaad Si Cucu dah berusia 40 hari dah ni.
Mak nya pun kira dah 'Merdeka'.
Zaman dulu dulu kalau berpantang tu kira tak tgok langit langsung.
Sekarang tidak lagi..
Kata berpantang, tapi dalam pada itu,
keluar rumah jugak..
Pergi klinik dan sebagainya.
Makan pun tak berpantang mana dah sekarang.
Supliment banyak, tak de masaalah.
Berurut dan bertungku dah selesai dah marin.
Orang kelantan guna istilah 'Rombak Dapur'
Sebenarnya zaman dahulu, bila 'Rombak Dapur' tu kita buat sedikit kenduri kesyukuran,
buat pulut kuning dan ayam percik untuk di beri pada bidan yg menyambut bayi dan urus ibu masa dlm pantang.
Sekarang lahir pun kat hospital, jadi kira sedekah aje lah sedikit juadah untuk tukang urut dan bertungku tu.
Lega rasanya bila anak dah lepas pantang dan cucu dah besar sikit.
Alhamdullilah, Allah limpahkan rahmat atas mereka.

Imaad,
Kamu tu dah berusia 40 hari,
Sudah sudah lah tak tido malam tu..
Sekejap lagi mummy kamu dah nak masuk kerja,

Cian mummy tu, ngantuk lah.
Buatnya hari mummy kamu OnCall, kamu tak tido malam jugak,
Siapa yang ngantuk nanti?

Grandmummyyyy jugak la!

Huhuhuhuuuu.......

6 comments:

nidus2 said...

Comelnya budak ni....nurun sapo.

rumah kuning said...

comelnya imaad. rasa nak cubit2 pipi yg gebu tu.

hani@debumelukut said...

Pak Nidus,
Agak2 nurun Atok ko?
Kalu nurun atok, specis 'tanah besar' lah.

hani@debumelukut said...

Rumah kuning,
Belum kenal padang bola tu gebu lagi lah...

alamaya said...

eeeeiiii geram nye tengok die tdo...

hani@debumelukut said...

alamaya,
time dia tido mmg lah cute habis, tapi cuba tgok time dia meragam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...