Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 7, 2011

Dah jadi kebiasaan. Cikgu saja yang faham.

Ini bukan kereta peniaga pasar malam.
Ini kereta Cikgu.
Jangan tak tau, kalau jadi Cikgu bukan hanya bawa alat tulis ke sekolah.
Segala benda di angkut.
Dari sekecik2 barang(jarum dan benang) hingga sebesar2 barang (kawah dan periuk besar sepemeluk tu..).
Bila ada apa apa majlis kat sekolah, begini lah kami ni.
Sehabis boleh nak jadikan sesuatu majlis tu berjaya.
Biasa lah..
Cikgu simpan macam2 peralatan kat rumah.
Dalam setor kat rumah tu macam gudang.
Bila melintas depan kedai, ada saja benda yg perlu di beli.
Bukan untuk kegunaan di rumah tapi mana tau, satu hari boleh di gunakan di sekolah.
Jadi lain kali kalau tengok kereta yang penuh dgn itu dan ini,
Jangan cepat buat tanggapan itu kereta orang berniaga pasar malam,
mana tau kot itu kereta Cikgu yg baru pulang dari sekolah.

15 comments:

Anonymous said...

salam...tak apa susah sikit...dapat pahala...he he...tugas guru fardu kifayah tu...tugas yg mulia...

Zuraini Kamal said...

ha ha ha i never knew that

roslaini saad said...

Betul tu...hanya cikgu yang faham....tambah dah dekat musim sukan ni....dalm kepala dah mula fikir untuk perbarisaan..untuk minum budak-budak

Ibu n Abah said...

Cikgu Hani...
jasa guru2 sangat disanjung tinggi..
besar pengorbanan guru ni...
Alhamdulillah....

Granny Hani said...

Pn eni,
Dah lali dengan tugasan sampingan macam ni.seronok pun ada

Granny Hani said...

Pn Zuraini,
Now you know..

Granny Hani said...

Pn Roslaini,
Betul kan saya cakap, hanya seorang cikgu yg akan memahami apa yang di pikul oleh cikgu lain nya

Granny Hani said...

Ibu dan Abah,
Kita ni nak berperang macam askar tak mampu, ini sajalah jasa yg mampu kami curahkan..

BokBom AmaReka said...

BSPP ke ni...?

Granny Hani said...

Mohd Afiq, I beg your pardon?

Maiyah said...

assalam..
xpe ssh sket tp gerenti puas hti

Granny Hani said...

betul dik, puas bila boleh buat yg terbaik untuk anak didik.

BokBom AmaReka said...

Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran la ticer...

Granny Hani said...

Opsss!!! ticer tak biasa dgn istilah tu..jame dulu2 ticer dan mama tu panggil ABM..alat bantu mengajar..tq kerana meng'update'kan istilah bagi ticer yg dah hampir out of date ni..

BokBom AmaReka said...

hahaha.. takpo2... ABM pun kita guna lagi... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...