Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 8, 2011

Makan saja lah.

Selamat tengah hari duka ku yang belum basi basi jugak.
Sudah jemu aku bersantapkan derita itu
Tidak ada lauk sengsara yang belum ku jamah.
Sajian ini ku hadap dari kelmarin sampai ke hari ini.
Bertambah tambah dengan perisa pedih itu.
Perhatikan aku menelan setiap teguk tangisan.
Bukan kah hidangan payah ini kiriman dari mu?
Terima kasih kerana memastikan aku tidak menghirup bahagia.
Apakan yang lebih mengeyangkan dari terpaksa meratah hati sendiri.
Aku sebenarnya sudah terlalu loya dan mual.
Tapi apa daya ku, esuk hidangan yang sama sudah kau kirimkan.
Aku tetap kan telan apa saja bahagian ku tanpa banyak bertanya.
Kerana aku sedia maklum, jawapan nya tetap begitu juga.

2 comments:

Makcu B said...

Buka jendela luas2, campak saja duka itu ke dalam longkang. Lauk sengsara itu pulangkan kepada tuannya sebelum ianya basi kerana ambo percaya tuan empunya lauk itu terus dan akan terus menyajikan lauk yang terbaik tapi mungkin tak menjadi. Masaklah sendiri dengan penuh kesabaran dan ketakwaan dan perlu ingat.... semua orang ada masalah.

hani@debumelukut said...

Makcu,
lama dah tak berpuisi/sajak
saja tajamkan pena yg berkarat.
Tak ada apa apa lah...sumpah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...