Aku kawan biasa
Biasa biasa saja bagi mu.
Tak penting
Tak istimewa
Kerana aku biasa biasa lah
Aku tak layak mendapat masa mu
dan lapang mu.
Aku seperti kawan biasa mu yang lain nya
hanya mampu menanti
Jika ada ruang,
ada sudut hati yg terkosong,
boleh lah aku singgah melepas lelah...
Aku kawan biasa biasa ini
Sekali sekala cuba
memanggil manggil nama mu.
Mengekori bayang mu.
Memancing perhatian mu.
Tapi siapa lah aku,
hanya kawan biasa biasa yang
layak nya hanya melakar mimpi
dan memujuk diri sendiri.
Aku ini hanya lah,
kawan biasa
Hanya kawan biasa biasa.
Tak penting dan tak istimewa.
No comments:
Post a Comment