Bila rindu itu rindu yang terlarang
Terpaksa ku bekukan saja di dalam hati
Rindu rakus mencipta mimpi mustahil.
Menggelupur dalam diri.
Rindu...
Adalah pohon racun
Berakar umbi dalam diri
Subur berbajakan kenangan silam
Batangnya berduri mencakar perasaan.
Bagaimana mungkin untuk ku terus merindui mu.?
Sedangkan aku sedia tahu rindu hanya rindu yg menumpang
Hanya bersandar di hati yang tak sudi..
Kekasih,
Demi hati ku yg tidak pernah mau melupakan mu,
aku masih menyulam rindu ini walau ku tahu rindu ini menyakitkan.
Aku cuba tambat rindu ini di pelabuhan hati ku.
Lebih baik begitu dari rindu ini menggangu damai mu.
( Buat kawan ku Nor, semoga kamu kuat untuk tangkis rindu itu kerana aku tidak mau melihat kau terluka lagi dan lagi..cukup lah Nor.)
1 comment:
rinduuu yg paling menyakitkan rinduu pd insan2 tersayang yg telah kembali pd YG PENCIPTA
Post a Comment