Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 23, 2020

Akhirnya selesai satu masaalah Che.

 Che happy sangat

Sekarang Che dah boleh tengok jam di dinding 

tanpa perlu tanya orang lain pukul berapa.

Itu perbezaan pertama yang Che dapat rasakan.

InsyaAllah esuk2 bila bertambah baik,

banyak lagi la perbezaan nya.

Che, nanti Che baca Quran dengan selesa

(tak payah dah perlu bantuan lampu suluh tambahan)

Che, Nanti kalau  Nie tercegat di pintu Che tak perlu dah perhati dan

 teka anak yg mana satu dtg hari ni...

(Biasa nya Che akan tanya..Nie ko? Na ko..?Sapo tu?.)

Che, Nanti che boleh sebut warna baju Nie dan corak macam mana.

( Tidak lagi perlu meneka2...teka pun acap tak betul)

Che, Nanti che boleh melangkah dgn lebih mudah dan 

lihat jelas anak tangga maka tidak lah tersadung lagi.

( Che pernah jatuh masa dtg rumah Nie hari tu, sian Che ambo)

Hari ni Che buat minor surgery tukar manik mata.

Sepatutnya dah lama buat tapi Che ni penakut.

(Opss...Tu pasal la anak2 semua penakut dgn hospital..nurun la wei)

Tangguh punya tangguh mata Che makin kabur.

Akhirnya hari ni dia beranikan diri untuk buat prosidiur tu.

Alhamdullilah..semuanya selesai tanpa komplikasi apa apa.

Wajah Che berseri seri bila dah siap tadi.

Apek dlm cerita Ali baba bujang lapuk kata " Muka manyak senyiummmm..."

Comei la Che ni....cute gitu!

Padan la anak2 Che pun cute jugak kannnnnn....

(Sila jangan muntah....)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...