Macam ni saja laa..
Cuba pakai kasut saya sekejap.
Cuba sarungkan kaki dan rasa sama ada lembut ke keras ke kasut saya tu..
Adakah kasut itu membelai kaki atau menggigit kaki
Lepas tu, dah rasa sendiri baru lah boleh
cuba berjalan seperti saya berjalan
Baru boleh menapak ke depan sebagaimana saya dah lakukan.
Rasa sendiri dulu..
Kalau kaki kamu belum pernah berada di dalam kasut saya,
mana boleh kamu ajar saya berjalan.
Mana boleh kamu kata langkah saya sumbang.
Meh sini, saya sukarela nak pinjamkan kasut saya ni..
Saya pun sebenarnya dah penat sangat dah memakai kasut ni..
Tapi apa daya saya, ini lah satu2 nya alas kaki saya.
Sebenarnya ..
Sebagaimana kasut awak sesuai dgn kaki awak,
Begitu juga lah kasut saya sesuai dgn saya.
Jadi...
Jaga kasut masing masing.
Jangan nyibuk!
No comments:
Post a Comment