Hari ketiga ni hari semua orang dah penat beraya.
Ke penat makan?
Dah cukup banyak kumpul kolestrol dan lemak kannn.
Seperti biasa hari ni tekak ngada ngada pulak,
tak nak makan dah juadah2 raya tu.
Tapi kan nak buat macam mana..
Hari ketiga ni nama nya hari ' Leftovers'
Hari ni celik mata bukak freezer...
Wahhh...sendat dengan segala jenis baki hidangan semalam.
Termasuk juga kiriman lauk pauk dari sanak sedara dan jiran.
Mau tak mau kena habiskan yg ini dulu.
Mau tak mau, muak tak muak, kena panaskan untuk dijadikan sarapan.
Entah2 lunch dan dinner pun duk ulang tayang menu raya lagi..
Tak nakkkkkk!
Kena nak, paksa diri untuk nak.
Kalau tak siapa nak habiskan..
Sementara rakyat dalam negeri masih ramai,
eluk la pakat habiskan dari membazir..
Ok, semak apa ada dalam peti ais..
Sedikit lontong,
Kuah kacang semangkuk,
Rendang dari 2 sumber boleh campur jadi satu
Gulai daging korban 4 bekas berlainan tuan.
Ni pun panaskan sekali gus, sedap tau bila campur begini.
Roti jala? Kuzi? Pulut? Nasi arab?
Haduhhh...nasib ko la perut, isi selagi boleh.
Hari raya ketiga adalah hari makan makanan yg dipanaskan semula.
Maka otomatik hari raya ke empat jadi hari berebut berulang ke tandas.
Itu tak kira lagi yg ada darah tinggi..
Dah 3 hari duk ngadap daging dan lemak, jawapnya meloncat la tekanan darah tu.
Hati hati ya....jangan kerana perut badan binasa.
Salah perut ke salah mulut nih?
Apa apapun bersyukur lah dgn nikmat rezeki ini.
Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment