Seharian duk mengadap cerita korea melalui netflix.
'The world of the married.'
Halah halah halahhh....
Tak pasal2 ter'emosional' pulak
Tengok cerita ni jadi sakit hati.
Rasa nak tukar jalan cerita.
Rasa nak tukar pelakon
Biar saya saja jadi penulis,pengarah dan pelakon utama.
Kerana saya rasa drama itu bodoh, sangat bodoh.
Nampak sangat drama.
Realiti nya jauh berbeza.
Hati seorang isteri yang terguris luka,
hanya seorang isteri yg sebegitu juga yang memahami nya.
Dan drama korea tadi hanya mampu mentafsirkan sebahagian kecil dari mimpi seorang isteri yang dicurangi.
Seorang isteri yg kecewa..
Itu mimpi dari minda yg terpenjara, mimpi untuk sedapkan hati dan memujuk rasa.
Sesungguhnya,
Perkahwinan di alam nyata tidak semudah perkahwinan yang dijadikan cerita.
1 comment:
Tertengok juga sikit2 drama ni. Ending dia tu.. serve him right for being unfaithful. Balik pulau bayan lepas. Kesian kat anak .
Post a Comment