Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 4, 2020

Dulu kuli gomen.


Ada orang belum sampai umur untuk pencen dah pencen.
Ada macam2 alasan untuk pencen awal.
Saya pencen awal sebab perlu urus anak yg sakit.
Kawan saya pula sebab kesihatan dia sendiri.
Ada juga sebab dah bosan kerja.
Ada orang dah sampai umur untuk pencen kalau boleh nak kerja lagi.
Atas alasan bosan duk rumah tak ada kawan.
Atau kerana khidmat masih diperlukan.
Atau jenis rajin takleh tak kerja.
Ada orang dah pencen sambung kerja lain pula.
Mungkin minat atau mungkin juga dapat tawaran lebih baik.
Dapat duit pencen lagi, dapat gaji baru lagi...hebat tuh!
Sementara badan masih kuat, boleh saja.
Ada orang dah pencen mula aktif kerja2 amal.
Terlibat dengan macam2 aktiviti kemanusian.
Ni pun perlu badan yg sihat dan masih aktif.
Kita semua tak serupa...
Masing2 ada keutamaan, ada keperluan.
Bersyukur kerana ada pencen untuk tampung hidup seterusnya.
Sangat sangat bersyukur.
Persamaan kita orang2 dah pencen ni hanya satu.
Dapat gelaran YB.
-Yang bersara.-

Saya hanya pencen sebagai seorang guru.
Kerja lain masih jalan seperti biasa.
Kerja hingga akhir nyawa.
Kerja tetap tanpa pencen.
Kerja apa awak tanya....?
KERJA MAK NENEK, MEMBEBEL TAK HABIS HABIS!
Pot pet pot pet pot pettt.......



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...