Esuk dah Disember.
Cepatnya masa berlalu.
Tahun ni tahun lain dari yg lain.
Ada sebulan lagi nak tamatknn 2020.
Nak buat apa?
Nak keluar rumah pun takot,
usahkan nak ke sana sini..
Kes covid makin sehari makin menjadi jadi..
Hidup pun dah tak tenang.
Nasib baik rezeki masih berpihak pada kami.
Makan pakai tak terjejas walau payah nak keluar.
Bayangkan mereka yg nak suap anak bini tanpa pendapatan, ramai kat luar tu yg hilang mata pencarian.
Syukur dah ni..Alhamdullilah dah.
Bukan apa, benci sungguh bila baca/dengar/tengok orang yg tak tau bersyukur dan riak.
Duk komplen musim covid ni tak dapat melancong, tak leh nak shopping ribu riban, tak leh buat pesta, dilarang buat majlis gah dan hebat2...
Hadoiii ... riak sungguh!
Penyakit yg lagi bahaya dari covid adalah penyakit riak.
Menyampah!
Buta ke mata orang2 kaya melangit yang berfikiran macam tu?
Tak nampak ke penderitaan orang lain?
Heran sungguh.
Cuma yg saya duk perati dan percaya 100% ialah...
1. Kaya tak semestinya cerdik.
2. Jutawan harta tapi papa pahala.
3. Mewah wang ringgit tapi nampak macam kurang kasih sayang, laparkan perhatian.
Kifarah itu benar..Nanti tengok lah, kalau Sang kaya raya ni jatuh miskin, ramai mana yang masih setia duk tadah muka, duk puja puji mereka nanti..
Wabak ini ada lah peringatan dari Dia pencipta alam.
Bertabah lah dan sama2 berdoa semoga tahun depan semua nya lan baik baik semula.