Haduh haduh haduhhhhh
Terima kasih kerana bagi soalan cepu mas tu.
Ok, saya jawap yer.
Soalan nya
Kenapa saya tak kawin, tak cari pengganti?
Jawapan nya
Kawin bagi saya hanya sekali.
Buruk baik arwah suami saya, itu lah suami saya dunia akhirat.
Saya nak tanya awak, Kenapa saya perlu kawin sekali lagi?
Saya bahagia cara saya sekarang.
Alone but not lonely.
Anak menantu cucu dah cukup membahagiakan.
Rezeki pun dah cukup untuk kehidupan biasa2 saya.
Kalau hujan, ada bumbung buat saya berteduh.
Kalau uzur, klinik ada..
Kalau penat, bibik boleh urus rumah tangga ni.
Nak happy2 sekali sekala, saya ramai kawan sebaya.
Sama pencen, sama ibu tunggal, sama tak bergantung pada orang lain.
Lagipun tua tua ni tak nak dah duk urus orang lain.
Tak nak duk fikir nak jaga hati orang lain, letih dah berkhidmat.
Betul lah pahala seorang isteri dah tak ada buat saya
Tapi dosa seorang isteri pun dah tak hampiri saya.
Saya heran jugak la..
Apasal orang lain sibuk pasal kehidupan dan masa depan saya?
Takut saya tak happy bersendirian?
Yang ada suami pun ada yg tak happy, berlambak kat luar tuh.
Ok, senang cerita macam ni saja lah,
Kalau saya nak kawin pun, ada ke yg nak?
Bukan muda solid molid pun..
Dah nenek, usia pun dah mula dgn angka 6.
Kalau awak tanya tu sebab awak nak introduce saya kat siapa2 tak payah lah.
Don't. Jangan susah2 cari jodoh orang.
Menyampah betul la wei...
Penat nak jawap soalan bodoh yg acap sungguh hinggap di telinga saya ni.
Siapa berani tanya lagi sekali saya nak tembak.
Gi main jauh jauh gih!
No comments:
Post a Comment