Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 11, 2020

Try dulu baru tau...

 Hari ni saya nak review sos yg lain dari lain.

Perkataan pertama dari saya buat pengeluar sos ni ialah ' UNIK '

Perkataan kedua ialah ' SEDAP'

Sos ni ada 7 jenis, 7 rasa yg lain dari yang lain.

1. Sos Nenas

Saya try cicah ayam kukus halia dalam sos ni. Sedap.

Masam manis nenas bercampur rasa halia pada ayam memang padu.

Ini kalau ada kambing bakar pun menjadi nih.

Kurangkan muak lemak dengan rasa nenas di lidah

2. Sos Cili Padi

Sos ni untuk penggemar pedas, ump! Gitu.

Pedas secukup rasa.

Sos ni mesti ada di meja sebagai secondary sos, iaitu tambahan ke dalam sos lain untuk lebih berapi.

3. Sos Ketumbar

Tadi bakar ikan talapia kosong tanpa perap apa apa.

Bila cicah ni, tak menyesal tak perap ikan lebih dahulu.

Cukup sedap dah bila lemaskan isi ikan dalam sos ni.

Makanan laut lain seperti udang,sotong dan shellfish pun sesuai ni.

4,sos Thai

Keropok mana keropok?

Lekor ke, keping ke, memang sebalang pun habis bila cicah dgn sos ni.

Cucur udang, fish ball atau apa2 ball lah, memang menjadi

5. Sos Bijan

Ini mengigatkan saya pada 'cucur udang mokcik gemuk' zaman saya duk maktab dulu.

Sos manis berbijan ni memang berhantu..celup, gigit, celup, gigit..

Mokcik, nak lagi cucur udang....

Selain cucur udang, fries, potato wedges pun sedap cicah dengan pencicah ni.

Kalau nak jadikan western campur mayonise dan blackpepper sos dalam sos ni

6. Sos Strawberry

Ni 'rare' ni.

Pertama kali rasa sos strawberry. Mula tu skeptikal juga..

Tapi....

Bila dah rasa, nak lagi ...nak lagi...

Sangat sedap bila dijadikan sos untuk salad danbuah campur.

You dont believed it, you try!



7. Sos Masam Manis

Last but not least.

Sedap. Makan dengan apa sedap?

Cuba buat stail orang kelantan makan 'colek'

Potong kecik2 segala jenis buah yg masam, gaul dalam sos ni sekejap.

Nak tambah belacan tak de masaalah.

Nak top kan dengan gula melaka pekat pun ok.

Bila masuk mulut, haduh...masam manis yg buat kecur air liur.

Terima kasih buat pembekal yg berikan saya kepercayaan untuk review 'sos bell' ni


Komen ' Foot note' dari saya

1. Saya dibekalkan dengan saiz botol yang kecik sesuai untuk doorgift.

( Cuma perlu kotak yg bersesuaian saja untuk nampak lebih elegant.)

Kalau tak pun, ikat riben kat leher botol tu, dah cantik memukau.

Saya sarankan penggunaan botol plastik supaya lebih ringan.

Manalah tau tetamu yg dpt doorgift tu nak masukkan doorgift dlm handbag,ringan gitu.


2. Boleh tambah belbagai perasa lain sebagai sos keperluan harian di rumah atau pun di mana saja.

(Contoh-sos cili black pepper, sos cili sour plum,sos cili kacang dan macam2 lagi...)

Keep it up you guys..Good job!

Sokong lah keluaran bumiputra.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...