Ada 3 jenis makhluk Allah yang duk di negeri saya.
Perangai cukup lain dari yang lain.
1. Kura kura ( Kunyit dan Kkuah)
Nampak kelabu sebab air kolam tak jernih.
Dua ekor makhluk Allah ni tak ada kerja lain.
Kura kura saya ni hari hari bergaduh, perang mulut kot
Entah apa yang mereka bebelkan, lama betul duk kata mengata
Last2 bersurai sambung esuk
2. Kucing( Kajol)
Ni makhluk Allah yg kedua.
Si Kajol suka makan dan cari makan
Sorok la kat mana pun makanan dia tu, dia pandai cari
Ini ada sepiring makanan dia bawah rak ni.
Pandai dia hulur tangan tarik keluar piring tu perlahan lahan.
Last last berjaya makan jugak.
3. Tuan tanah (Nama bergantung pada hubungan dgn sipemanggil)
Aksi makhluk Allah yg ketiga ni telah di rakam secara candid.
(Kerja Iffah lah ni, pastu pos di wassup famili)
Buat apa tu mokcik?
Siap panjat kerusi makan lagi.
Sambil suap makanan pun jadi.
Awak mana tau...
Pagar konkrit kat belakang ni tinggi.
Nak intai jiran sebelah kena memanjat lah.
Terima kasih Iffah kerana rakam bahan bukti yg mummy ni tak ada kerja lain, menyibukkkkk jer kan?Sekian dulu laporan dari bilik berita.
1 comment:
Lawaklah gambar yg akhir. Nak tahu berita masih OK. Mana tahu ada baiknya juga. Mungkin boleh jadi penyelamat kalau ada kejadian yg tak diingini.
Post a Comment