Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, November 2, 2020

Jangan libatkan saya

 Dari zaman kanak2 lagi saya tak suka bersukan.

Tak pernah sertai acara apa pun waktu ada kejohanan di sekolah.

Hari sukan adalah hari berehat buat saya.

Jadi penonton. Jadi tukang tepuk tangan.

Sebenarnya saya tak suka berlumba lumba.

Tak suka berebut untuk jadi juara.

Dari kalah baik saya tak sertai dari mula.

Biarlah orang lain yg sandang piala.

Tak apa, saya tak terkilan pun.

Pengecut? Ya mungkin juga.

Dalam hidup seharian pun begitu.

Jika saya rasa saya seperti terpaksa berlumba untuk mendapatkan sesuatu, saya cepat tarik diri dari bersaing begitu.

Saya tau saya tak kan menang pun.

Tau banyak nya kekurangan saya berbanding dgn kelebihan pihak lawan.

Biarlah kalah awal2 dari berusaha untuk menang tapi gagal.

Kecewa gagal lebih teruk dari kecewa bila menarik diri.

Begitu juga soal kasih sayang, soal hati..

Untuk berada di hati orang, untuk disayangi pun saya tak suka berlumba lumba.

Berebut perhatian dan kasih sayang bukan cara saya.

Terima saya seadanya atau tinggalkan saya saja.

Atau lebih baik saya saja yang berundur dari berlumbaan itu.

Biarkan luncai terjun dgn labu nya...

Saya hanya nak duduk diam2 dan perhati saja.

Hati  tidak terluka

Jiwa tidak terseksa.



2 comments:

Suria Amanda said...

Benar...SA sedang kecewa dalam persahabatan...SA hanya diam dan memandangdari kejauhan...lelah melihat..biarlah mereka yg dahagakan perhatian ..

Nizam.Ariff said...

Samalah kita, teacher... Malas nak berlumba, buat penat je. Kalau menang nnt diucapkan tahniah, diri terasa besar, dah takut jadi 'ujub n sombong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...