Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 4, 2020

Moh ke masjid kita.

Nak kemana tu mokcik?
Pagi pagi dah ready ni
 
Alhamdullilah.
Kelas2 di masjid dah boleh berjalan seperti biasa.
Baru2 ni semua masjid diarahkan supaya KIV kelas2 agama
Covid punya pasal kann
Jadi pagi tadi, aktiviti saya bermula seperti dulu semula.
Pagi2 lagi bersiap sedia dengan beg berisi apa yang sepatutnya.
Tengok jam dah hampir lapan pagi.
Panaskan enjin kereta sambil tunggu kawan.
Di masjid kawan2 lain dah ready menunggu ustazah kami.
Hari ni kelas bahasa al Quran.
Kami ni geng pencen yang hanya nak isi masa lapang
Sambil belajar tambah ilmu dapat juga jumpa kawan lama dan baru.
Seronok.
Selagi sihat dan selagi Tuhan permudahkan urusan kami.


 

1 comment:

Amie said...

Alhamdulillah. Syukur berkesempatan lagi untuk menuntut ilmu agama. Moga mendapat ganjaran berlipatganda daripada-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...