Lemas bila terkurung di sini
Walau tanpa jeriji yang menghalang gerak,
dan tanpa pasung yg merantai kaki,
hati tetap terpenjara.
Penat sudah memujuk mata supaya
berhenti menjeling waktu di dinding.
Jarum saat dan minit itu seperti mata pedang,
tajam mencucuk rasa.
Sampai bila begini?
Masih lama lagi kah perlu ku ukur setiap ruang bosan?
Hanya Tuhan ada jawapan nya.
Kita ini hanya mampu merancang.
Saya pun bertimbun aktiviti harian, perkara perlu urus dan selesaikan.
Hanya sekali sekala timbul juga rindu nak buat aktiviti di luar rumah,
Rindu nak bertemu muka dgn yg tersayang,
Rindu nak keluar berseronok dengan keluarga,
Dan rindu nak keluar 'girls day out' dengan teman2,
Sekali sekala timbul rasa sepi terkurung begini.
Doakan semoga panjang usia, sihat tubuh badan, murah rezeki dan aman sejahtera.
Semoga esuk2 kita kembali menjalani kehidupan kita sebahagia dulu, seindah dulu...
GO AWAY COVID, YOU ARE NOT WELCOME HERE!
1 comment:
Dugaan ini benar-benar mengajar. Moga kita terus kuat untuk bersabar.
Post a Comment