Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 5, 2020

Fesyen musim covid.

Hanya sekadar fesyen di musim covid.

Ikut trend, tak lebih dari itu.

Takkkkk, bukan kerana nak kawin dgn PU, jangan merepek!

Saja suka suka, sekejap pakai mask, sekejap pakai niqab.

Untuk ke masjid saja.

Tengok kawan2 hadir ke kelas di masjid pakai niqab, kita pun pakai jugak.

Tau, pakai niqab tidak sama dengan pakai mask

Kkm tak galakkan.

Dari pakai mask sangkut di leher pun tak bagus juga

Pakai niqab ni tak ada sangkut macam tu pulak.

Pakai niqab ni kurang sikit rasa lemas, ada pengudaraan.( tu pasal kkm tak lulus tuh!)

Spec pun tak jadi berkabus bila hembus nafas.

Alah, jangan la kecam saya...

Saya pun tau tak selamat dari jangkitan covid kalau berniqab ni.

Apa salahnya sekali sekala 'follow the flow' kannn.

Niqab bermusim saja ni..

Apa yang paling best nya di musim semua orang kena tutup mulut dan hidung ni?

Bagi saya paling best dapat sembunyikan wajah.

Lebih tepat dapat sembunyikan riak wajah.

Yang paling lawak nya dapat sembunyikan 'tua'

Hari tu si penjual sayur cakap " Yang tu 3 seringgit dik"

Dik? DIK.?? Hellooooooo........

Mokcik wei bukan adik!




1 comment:

Amie said...

Saya pun di awal-awal PKP dulu suka pakai niqab. Lebih selesa dan boleh bernafas dengan baik. Nampak lebih kemas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...