Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Tuesday, March 22, 2011
Ada tak nenek lain selain dari saya?
Ada orang terkejut bila singgah di blog saya.
Sebabnya saya seorang nenek.
Agaknya ramai yang tak tau, blogger ni tak ada had umur.
Mungkin juga saya yang dah berusia ni ada sebab tersendiri untuk berblog.
Bukan untuk mencari kenalan macam orang muda2,
bukan juga untuk mengasah bakat untuk bidang penulisan.
Tentu sekali bukan untuk nama.
Saya hanya lah di sini mengisi masa lapang saya.
Sememangnya saya dari dulu minat menulis cuma tidak pernah ke arah tu.
Saya sentiasa berharap agar yang saya tulis tidak menyentuh sensitiviti orang lain.
Blog ini adalah saya, keluarga saya, orang2 di sekeliling saya dan kehidupan saya.
Mana tau, satu hari nanti blog saya ni akan di tinggalkan sebagai pusaka untuk keturunan saya.
Harta benda saya tak punya, ini lah saja yang ada..
'Jentayu yang patah sayap nya'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sebuah diari perjalanan hidup! wpon tidak sehebat hang tuah hang jebat @ puteri Hang Li Poh; pastinya setiap insan ada meninggalkan kesan dlm kehidupan org lain!
hehhe..sebab khalis tegur smlm ke?khalis sbnrnya sangat kagum,, sbb masih sudi meneroka dunia blogger yang kebanyakannya orang muda.mudi, paling kurang, boleh la memahami cara orang muda skrang berfikir..kan?
pn Zuraini,
Harimau mati tinggalkan belang, kita manusia ni kalau mati nanti jgn lah tinggalkan belang mcm rimau tu..
tq khalis..sememangnya di daerah ini byk yg akak belajar..dan byk juga pengalaman hidup yg akak harap dapat menjadi pengajaran buat golongan muda mudi
Assalamualaikum.
Salam kenal kak. Menulis mahupun berbelog ni tak de had umur. Arwah abah saya masa umur 64 thn, sebulan sebelum dia meninggal sempat lagi menulis antar kat magazine (zaman tu tak de blog). Saya yakin kalau dia masih ada dan berapa pun usia dia, saya pasti dia akan berblog juga pasal menulis adalah passion dia.
salam Ann,
terima kasih kerana singgah.
Post a Comment