Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, March 11, 2011

Alah Cg Nik, budak tu silap pilih ayat jer tu..

Berair mata saya gelakkan cerita kawan saya nih.
Cg Nik ni mengajar di Tumpat, daerah yang penduduknya ramai dari keturunan siam.
(Tumpat ni daerah yg bersempadankan Thailand)
Adalah seorang murid Cg Nik yang akhir2 ni acap bawa ubi ke sekolah.
Mewah ubi lah Cg Nik sehari dua ni.
Bangga bukan main lagi Cg Nik sebab dalam ramai2 cikgu kat sekolah tu, hanya dia yang dapat ubi free.
" MekTing, terima kasih lah yer, baik mak awak tu...Byk lagi ke ubi kat rumah?"
MekTing selamba jawap,
"Ubi mak saya akhir akhir ni di sondol babi hutan, habis di gali nya ubi2 tu..
Mak saya cakap, dari ubi tu di makan babi eluk saja bagi kat cikgu......."
Kah kah kah kahhhhh...Wakaka...
Haaa...Kan, dah kena tu.
Padan muka awak Cg Nik.
Ranking awak tu sikit atas jer dari babi2 hutan tu.....
Satu sekolah gelak pecah perut hari tu.
( Cg Nik ni memang kelakar dan menerima ayat budak tu secara positif. Macam tu lah hati seorang guru, Cg Nik kannn????)

8 comments:

Unknown said...

hahhahha....sabau je la...

tumpat kg aku tue...

Granny Hani said...

memang sentiasa sabar dgn budak2 ni..hiburan sambil kerja.

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum,

Pasti ada keistimewaan mengapa Cikgu Nik dipilih oleh murid itu untuk diberikan ubi tersebut. Keikhlasan itu penting walau kata2 dari murid itu membuat kelas tertawa.

Granny Hani said...

Asam garam jadi guru..
Kids say the darnest things.

Ibu n Abah said...

cikgu hani...
budak tu mmg lurus, tulus dan terus terang...
walaupun hati kita dirobek2nya.....
hihihihi nak tumpang gelak sebab ranking cikgu dan babi hanya satu par....

Ros said...

Assalammualaikum...

tanpa murid-2 hidup cikgu takde warna...

kak hani...suami ros cikgu gak...
walau skolah kat bandar..ada juga murid yang hidup susah...
ade tu bawa pucuk paku satu guni tepung kat skolah..buat jual tolong ibunya...suami ros pelanggan tetap...beli pulak kemain banyak...darah kita merah jadi hijau maka pucuk paku berhari2...

syukurlah cg nik dapat percuma...buat penjan ubi sedap tu...kalau dekat boleh mintak sikit..

Granny Hani said...

Ros, anak2 ini kesekolah dengan berbagai latar belakang..kesian sungguh kalau yg mereka dapat kat sekolah tu hanya lah penat jalan kaki saja.
Harap2 walau sedikit, biarlah meresap juga ilmu yg di curah..

Granny Hani said...

Ibu d Abah,
Kami ni bersyukur kerana bila ada murid baru lah ada cikgu...ada yg nak belajar baru lah ada ilmu yg boleh kami ajar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...