Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 8, 2011

Kalau yang sakit itu saya, adakah nasib saya sebaik dia?

Kawan yang sebaya dengan saya tak sihat.
Dah 4 bulan sakit saraf sehinggakan untuk bergerak pun payah.
Kaki nya sembab dan dia menanggung kesakitan yang teramat sangat.
Pelbagai rawatan dah dia cuba, tak baik baik jugak.
Bila badan sakit, hati pun jadi sensitif.
Mudah terasa, bagai menjadi beban pada orang lain.
Itu dia yang anak2 nya ramai di sekeliling untuk bantu
Suami sentiasa di sisi, menyayangi dan ambik peduli.
Selain tenaga, sokongan moral juga tak berkurangan.
Kasih sayang boleh juga meredakan kesakitan.
Bagaimana kalau saya di tempat dia?
Pada siapalah saya nak mengadu hal?
Masa sihat saya pun saya hadapi segalanya bersendiri.
Berdihari
Berdiri di atas hati sendiri.
Bagaimana kalau dah jadi 'Quraan buruk' nanti?
Saya sebagaimana juga dia,
kalau boleh tak mau menyusahkan sesiapa.
Tau dan faham kesibukan kehidupan hari ini.
Kalau boleh di beri pilihan,
saya tidak mau menjadi beban.
Kawan saya itu menangis di bahu saya semalam.
Saya juga menangis di dalam.
Takut nya saya menghadapi hari esuk.
Hanya Tuhan sajalah yang tau,
untung nasib saya nanti.
Pasrah.

4 comments:

Makcu B said...

Kawan yang mana satu ni kak? Adakah BETUL dia betul2 bernasib baik?

Granny Hani said...

Kak Zah kita lah makcu..

Anonymous said...

assalam.. tersasar ke sini while looking for some other info. touched with your thoughts.. u read my mind? i have started taking care of my well-beings, healthy food n activities while berdoa. May Allah be with people like us ..
HasbiyAllah!

-nna-

Granny Hani said...

Anonymous,
tq, you make me feel that i am not alone.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...